Perbezaan antara semakan "Tayangan Unggul"

215 bait ditambah ,  2 tahun lalu
(Pengemasan.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
 
==Sejarah==
Ditubuhkan pada November 1996, sebagai unit hiburan [[Astro Ria]] Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran [[filem]]. Sebagai anak syarikat [[Astro All Asia Networks plc|Astro All Asia Networks plc]], Biarpun ketika itu masih baru sebagai pemain dalam industri perfileman Malaysia, Tayangan Unggul sendiri menjadi pesaing utama kepada syarikat filem utama seperti Nusana, [[Astro Shaw]] dan Lineclear Motion Pictures Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia,
 
Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan [[genre]] filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dari jumlah 12 buah filem yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2001, 7 buah filem telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM20,790,039.00. Pada tahun 2005, tiga (3) buah filem iaitu ''Gangster'' (RM2.9 juta), ''KL menJERIT 1'' (RM2.3 juta) dan ''Baik Punya Cilok'' (RM2.7 juta) yang ditayangkan dipawagam telah mencapai kutipan ‘box-office’ dengan penjualan 350,000 keping tiket telah mendapat penghargaan dari pihak FINAS sebagai ‘Penerbit – Jumlah Kutipan Tertinggi Filem 2005’.<ref>[http://filemwayang.com/tayangan-unggul-sdn-bhd.html Sejarah Tayangan Unggul] di Filem Wayang.</ref>
 
TUSB sentiasa berusaha untuk mengetengahkan dan menggunakan bakat-bakat baru dan tenaga kerja kreatif dalam setiap projek filem. Ini adalah satu usaha berterusan bagi setiap penerbitan filem. TUSB juga mempunyai perancangan untuk menaja biasiswa untuk bakat-bakat muda dalam bidang filem. Pada tahun 2006, 4 buah filem telah ditayangkan iaitu ''Man Laksa'', ''Puaka Tebing Biru'', ''Zombi Kampung Pisang'' dan ''Syaitan''. Tahun demi tahun syarikat TUSB semakin berkembang dan maju setiap
 
==Filemografi==
Pengguna awanama