Kugiran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Niduzzi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kugiran''' merujuk kepada kumpulan muzik yang memainkan lagu-lagu rancak. Ia merupakan singkatan bagi "'''Ku'''mpulan '''Gi'''tar '''Ran'''cak". Istilah ini mula digunakan sekitar tahun 60-an iaitu ketika era [[irama pop yeh-yeh|pop yeh-yeh]] diilhamkan oleh [[Daud Abdul Rahman]]{{fakta}}. Pada kebiasaannya, kumpulan gitar rancak (kugiran) ini mempunyai 5 anggota pancaragam dan seorang penyanyi, selain pengendali 5 alat muzik iaitu gitar utama, gitar irama, gitar bes, organ (keyboard) dan dram. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah berirama rancak, walaupun yang bertemakan lagu sedih. Sebagai contoh lagu "Ayahku kawin lagi." dan lagu "Jangan tinggalkan daku.". Rentak ini berbeza dengan lagu cinta Melayu yang mendayu-dayu irama 80-an dan 90-an.
 
Perkembangan kugiran ini digalakkan lagi dengan kehadiran banyak syarikat rakaman di [[Singapura]] sekitar 60-an, yang menghasilkan banyak piring hitam untuk tujuan komersil. Secara tidak langsung ia menghidupkan lagi industri muzik Melayu di [[Malaysia]] dan [[Singapura]].