Perbezaan antara semakan "Wikipedia Bahasa Melayu"

Teg: Suntingan sumber 2017
 
== Perubahan Laman Utama ( ڤروبهن لامن اوتام ) ==
[[Laman Utama]] Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur [[HTML]] dan penggayaan menggunakan [[CSS]] pada [http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laman_Utama&diff=next&oldid=354 14 Oktober 2003] oleh [[Pengguna:Yosri|Yosri]].<ref>[http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laman_Utama&oldid=355 Semakan ketika Laman Utama mula menggunakan HTML dan CSS].</ref> Warna-warna yang digunakan oleh [[Pengguna:Yosri|Yosri]] pada ketika itu sehingga kini menjadi asas kepada warna kotak-kotak di Laman Utama.
 
Semenjak itu, telah beberapa kali laman utama ditukar reka bentuk melalui perbincangan, dan laman paling terkini ialah laman yang telah diputuskan pada 14 Januari 2011 lalu telah dipakai pada 20 Januari 2011.<ref>[[Perbincangan:Laman_Utama#Perubahan dan cadangan perubahan|Laman perbincangan Laman Utama]], "Perubahan dan cadangan perubahan". 14 Januari 2011. Dicapai pada 2011-10-20.</ref> Terdapat beberapa permohonan dibuat untuk menukar reka bentuk laman utama, namun permohonan-permohonan tersebut ditolak kerana tidak disetujui oleh Wikipediawan lain. Pada awal Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada ''Monobook'' kepada ''Vector''.