Sukan Asia Tenggara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Fixed grammar
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Fixed grammar
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 34:
Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama '''''Sukan Semenanjung Asia Tenggara''''' atau ''Sukan SEAP''. Pada [[22 Mei]] [[1958]], semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di [[Tokyo]], [[Jepun]] untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand pada masa itu. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan kepada negara-negara semenanjung Asia Tenggara. Tujuan Sukan Asia Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
 
[[Thailand]], [[Burma]] (kini; [[Myanmar]]), [[Persekutuan Tanah Melayu|Malaya]] (kini; [[Malaysia]]), [[Laos]], [[Vietnam Selatan]], dan [[Kemboja]] (juga [[Singapura]] menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Sukan Komiti Persekutuan Sukan SEAP mula dibentuk selepas itu.
 
Sukan SEAP pertama diadakan di [[Bangkok]], [[Thailand]] dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.