Hathor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Tambah lebih banyak maklumat, gambar, dll.
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
k Tambah lebih banyak maklumat
Baris 31:
 
Dalam Wangsa Keempat, Hathor menjadi semakin popular.<ref name=":0">Lesko (1999). m/s 81–83.</ref> Dia mengambil tempat seorang dewa buaya yang disembah di Denderah di Mesir Hulu dan menjadi tuhan penaung, dan meresap penyembah Bat di daerah Hu, jadi dalam zaman Kerajaan Pertengahan (lingkungan 2055–1650 SM) dua tuhan ini menjadi satu.<ref>Fischer (1962). m/s 7, 14–15.</ref> Dalam kepercayaan Kerajaan Lama, tumpukan yang dewa Ra ialah raja sekalian dewa dan bapa dan penaung raja. Hathor naik ke Ra dan menjadi isterinya, dan menjadi tuhan ibu kepada para firaun.<ref name=":0" />
 
== Peranan ==
Hathor mempunyai pelbagai rupa dan memegang berbagai peranan.<ref name=":1">Wilkinson (2003). m/s 77, 145.</ref> Pakar egiptologi Robyn Gillam menyatakan ini disebabkan oleh pemerintah Kerajaan Lama yang menerima Hathor sebagai dewi agung, dan kemudian ia menyerap peranan dewi-dewi yang disembah oleh rakyat jelata. Akhirnya, dewi-dewi rakyat dianggap sebagai jelmaan-jelmaan Hathor.<ref name=":2">Gillam (1995). m/s 217–218.</ref> Teks-teks Mesir memanggil jelmaannya sebahagian daripada "Tujuh Hathor"<ref name=":1" /> atau, jarang kali, berbagai Hathor—ada yang sebanyak 362.<ref>Bleeker (1973). m/s 71–72.</ref> Justeru, Gillam memanggil Hathor "''sejenis'' tuhan dan bukanlah ''satu'' makhluk".<ref name=":2" /> Kepelbagaian sifat Hathor menonjolkan sifat-sifat dewi-dewi yang diberi oleh orang Mesir purba. Dan Hathor mempamerkan sifat kewanitaan yang paling hebat berbanding dewi-dewi yang lain.<ref>Troy (1986). m/s 53–54.</ref>
 
=== Dewi langit ===
Hathor digelar dengan nama julukan "dayang langit" dan "dayang bintang", dan dikatakan tinggal di langit bersama Ra dan dewa-dewi suria yang lain. Orang Mesir purba berpendapat bahawa langit ialah sebuah jasad air dan Ra merentas dengan menaiki bahteranya, dan menurut hikayat penciptaan alam mereka, suria lahir daripada air itu sewaktu masa baru saja wujud. Dewi ibunda yang lahirkannya digambarkan sebagai seekor lembu. Hathor dan Mehet-Weret ialah dewi-dewi yang dianggap sebagai lembu tersebut dan meletakkan suria di antara kedua-dua tanduknya. Dan seperti [[Dewi Nut|Nut]], Hathor melahirkan suria setiap pagi.<ref>Bleeker (1973). m/s 31–34, 46–47.</ref>
 
Nama Hathor dalam bahasa Mesir ialah ''ḥwt-ḥrw''<ref>Graves-Brown, C. (2010). ''[https://books.google.com/books?id=hLqDnFZ6dAcC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false Dancing for Hathor: Women in Ancient Egypt]''. m/s 130. Kontinum. ISBN 978-1-84-725054-4.</ref> atau ''ḥwt-ḥr''.<ref>Billing, N. (2004). "Writing an Image: The Formulation of the Tree Goddess Motif in the Book of the Dead, Bab 59". ''Studien zur Altägyptischen Kultur [Kajian Kebudayaan Mesir Kuno]''. 32: 35–50. [[JSTOR]] [https://www.jstor.org/stable/25152905 25152905].</ref> Ia diterjemahkan sebagai "mahligai Horus" tetapi ia juga boleh ditafsirkan sebagai "mahligaiku [ialah] langit".<ref>Bleeker (1973). m/s 25, 48.</ref> Dewa Horus melambangkan pelbagai benda, terutama sekali matahari dan langit. "Mahligai" atau "rumah" boleh merujuk kepada langit di mana Horus tinggal, atau rahim dewi yang melahirkannya sebagai dewa suria pada setiap hari.<ref name=":3">Wilkinson (2003). m/s 140</ref>
 
=== Dewi suria ===
Hathor ialah dewi suria, pasangan wanita kepada Horus dan Ra, dan juga seorang dewi yang menemani Ra dalam pelayarannya merentas angkasa.<ref name=":3" /> Dia biasa digelar "Sang Keemasan" yang merujuk kepada sinaran matahari, dan tulisan-tulisan dari kuilnya di Denderah bertulis "sinarnya menerangi seluruh bumi."<ref>Richter, B. A. (2016). ''[https://books.google.com/books?id=HAlPDgAAQBAJ&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false <nowiki>The Theology of Hathor of Dendera: Aural and Visual Scribal Techniques in the Per-Wer Sanctuary [Anutan Hathor dari Denderah: Teknik Katib Audio dan Visual di Kuil Per-Wer]</nowiki>]''. m/s 128, 184–185. Lockwood Press. ISBN 978-1937040512.</ref> Kadangkala, Hathor digabungkan dengan dewi Nebethetepet, yang namanya bermaksud "Dang Persembahan", "Dang Sukacita",<ref>Wilkinson (2003) m/s 156.</ref> atau "Dang Vulva".<ref>Pinch, G. (1993). ''Votive Offerings to Hathor [Persembahan Semah kepada Hathor]''. m/s 155. Griffith Institute. ISBN 978-0900416545.</ref> Di pusat penyembahan Ra di Heliopolis, Hathor-Nebethetepet disembah sebagai isteri Ra,<ref>Gillam 1995, p. 218</ref> dan pakar egiptologi Rudolf Anthes berdebat bahawa Hathor merujuk kepada "mahligai Horus" khayalan di Heliopolis yang berhubungan dengan ideologi perihal kerajaan.<ref>Gillam (1995). m/s 218.</ref>
 
Hathor merupakan salah seorang daripada ramai dewi yang menjadi Mata Ra, jelmaan wanita kepada cakera suria dan juga sebahagian daripada kuasa Ra. Ra kadang-kadang dilakar berada di dalam cakera suria, dan Troy menafsirkan ini bermaksud dewi Mata ialah asal kelahiran Ra. Peranan aneh Hathor sebagai ibu, isteri dan anak Ra sebenarnya melambangkan kitaran matahari. Pada waktu senja, Ra masuk ke dalam jasad sang dewi, menghamilkannya dan menjadi bapa kepada dewa-dewi yang lahir dari rahimnya pada waktu fajar: dirinya sendiri dan dewi Mata, yang kemudian akan lahirkan dia. Ra hasilkan anaknya, dewi Mata, yang kemudian hasilkan dia, anaknya, dalam kitaran kelahiran semula.<ref>Troy (1986). m/s 21–23, 25–27.</ref>
 
Mata Ra melindungi Ra daripada musuh-musuhnya dan biasa digambarkan sebagai seekor ureus, atau ular yang sedang berdiri, atau singa betina.<ref>Pinch (2004). m/s 129–130.</ref> Suatu jelmaan mata Ra digelar "Hathor Berwajah Empat", yang dilambangkan dengan empat ekor [[Ular Tedung|ular tedung]], dipercayai melihat semua [[mata angin]] untuk mengawasi sebarang ancaman kepada Ra.<ref>Ritner, R. K. (1990). "O. Gardiner 363: A Spell Against Night Terrors". ''Journal of the American Research Center in Egypt''. 27: m/s 39. [[JSTOR]] [https://www.jstor.org/stable/40000071 40000071].</ref> Beberapa kisah, daripada Kerajaan Baru (lingkungan 1550–1070 SM), menceritakan apa jadi jika kemarahan dewi Mata tidak dikawal. Dalam teks pemakamam yang bertajuk ''Kitab Lembu Samawi'' (''Book of the Heavenly Cow''), Ra menghantar Hathor sebagai Mata Ra untuk menghukum manusia kerana bersekongkol untuk mengguling Ra daripada kuasa. Hathor berubah menjadi dewi singa betina bernama [[Dewi Sekhmet|Sekhmet]] dan membunuh manusia tersebut tetapi juga membunuh orang-orang yang tidak bersalah, dan Ra pun harus hentikannya daripada membunuh semua manusia. Ra menyuruh supaya beberapa tempayan arak diwarnakan merah dengan hartal merah tanah, lalu ditumpahkan ke bumi. Dewi Mata yang menyangka ia darah pun meminum arak tersebut, dan kemabukan Hathor menyebabkan dia kembali menjadi dirinya yang lemah lembut dan suci.<ref name=":4">Graves-Brown (2010). m/s 169–170.</ref> Ada kisah lain yang bertajuk Dewi Kara (''Distant Goddess''), dari Zaman Mesir Lewat dan Ptolemy. Dewi Mata, kadang-kadang dengan rupa Hathor, menentang kuasa Ra dan memunah-ranahkan kerajaan asing: Libya di barat Mesir atau [[Nubia]] di selatan. Oleh kerana lemah dengan ketiadaan matanya yang satu, Ra pun menghantarkan seorang dewa, Thoth, untuk bawa Hathor pulang ke pangkuannya.<ref>Pinch (2004). m/s 71–74.</ref> Setelah memujuknya, Hathor pun pulang dan menjadi isteri dewa suria atau dewa yang membawanya pulang.<ref>Pinch (2004). m/s 130.</ref> Dua sifat dewi Mata ini—sifat ganas dan berbahaya, dan indah dan riang—menunjukkan kepercayaan Mesir bahawa wanita, seperti yang dikatakan pakar egiptologi Carolyn Graves-Brown, "merangkumi kedua-dua sifat amarah dan kasih."<ref name=":4" />
 
== Rujukan ==
Baris 37 ⟶ 52:
== Nukilan ==
 
* Bleeker, C. J. (1973). ''Hathor and Thoth: two key figures of the ancient Egyptian religion'' ''[Hathor dan Thoth: dua tokoh penting dalam ugama Mesir kuno]''. Brill. m/s 22-102. ISBN 978-9-00-403734-2.
*Bunson, M. R. (1991, 2002). ''Encyclopedia of Ancient Egypt,'' ''(Edisi Semakan, 2002, 1991 Margaret R)''. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160816-456304563-1 (kulit keras)
*Encyclopedia of Goddesses and Heroines oleh PATRICIA MONAGHAN
*Fischer, H. (1962). The Cult and Nome of the Goddess Bat. ''Journal of the American Research Center in Egypt,'' ''1'', 7-18. [[JSTOR]] [https://www.jstor.org/stable/40000855?seq=1#page_scan_tab_contents 40000855].
*Gillam, R. (1995). Priestesses of Hathor: Their Function, Decline and Disappearance. ''Journal of the American Research Center in Egypt,'' ''32'', 211-237. [[JSTOR]] [https://www.jstor.org/stable/40000840 40000840].
*WilkinsonGraves-Brown, TobyC. (19992010). ''[https://books.google.com/books?id=lGGFAgAAQBAJhLqDnFZ6dAcC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false EarlyDancing Dynasticfor Hathor: Women in Ancient Egypt]''. RoutledgeKontinum. ISBN 978-02030243861-84-725054-4.
*Hassan, Fekri A. (1992). "Primeval Goddess to Divine King: The Mythogenesis of Power in the Early Egyptian State". In Friedman, Renee; Adams, Barbara (eds.). ''The Followers of Horus: Studies Dedicated to Michael Allen Hoffman''. Oxbow Books. pp. 307–319. ISBN 978-09468974450-94-689744-5.
*Lesko, Barbara S. (1999). ''The Great Goddesses of Egypt''. University of Oklahoma Press. ISBN 978-0806132020.
*TroyLesko, LanaBarbara S. (19861999). ''PatternsThe ofGreat QueenshipGoddesses in Ancient Egyptianof Myth and HistoryEgypt''. ActaUniversity Universitatisof Oklahoma UpsaliensisPress. ISBN 978-91554191960-80-613202-0.
*Monaghan, P. (2014). ''Encyclopedia of Goddesses and Heroines''. New World Library. ISBN 978-1-60-868218-8.
*Wilkinson, Toby (1999). ''[https://books.google.com/books?id=lGGFAgAAQBAJ&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false Early Dynastic Egypt]''. Routledge. ISBN 978-0203024386.
*Pinch, G. (1993). ''Votive Offerings to Hathor''. Griffith Institute. ISBN 978-0900416545.
*Richter, B. A. (2016). ''The Theology of Hathor of Dendera: Aural and Visual Scribal Techniques in the Per-Wer Sanctuary [Anutan Hathor dari Denderah: Teknik Katib Audio dan Visual di Kuil Per-Wer]''. Lockwood Press. ISBN 978-1-93-704051-2.
*Ritner, R. K. (1990). "O. Gardiner 363: A Spell Against Night Terrors". ''Journal of the American Research Center in Egypt''. 27: 25–41. JSTOR [https://www.jstor.org/stable/40000071 40000071]
*Troy, Lana (1986). ''Patterns of Queenship in Ancient Egyptian Myth and History''. Acta Universitatis Upsaliensis. ISBN 978-9-15-541919-6.
*Wilkinson, Toby (1999). ''[https://books.google.com/books?id=lGGFAgAAQBAJ&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false Early Dynastic Egypt]''. Routledge. ISBN 978-0-20-302438-6.
 
== Pautan luar ==