Mohd Azraai Kassim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
== Biografi ==
Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dilahirkan di Perak Darul Ridzuan pada 15 Julai 1958. Beliau memulakan karier pada tahun 1983 sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan pernah memegang beberapa jawatan penting di universiti tersebut, termasuklah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dari tahun 2009 hingga 2012 dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dari tahun 2012 hingga 2015.
 
 
Sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Naib Canselor UiTM, Prof. Azraai merupakan Pengarah Urusan dan CEO UTMSPACE sejak tahun 2015. Selain kerjaya dalam bidang akademik yang cemerlang, beliau juga merupakan ahli bagi beberapa badan profesional.
 
 
Prof. Azraai juga merupakan Felo di The Institution of Engineers Malaysia (IEM). Beliau telah meneribitkan dua buku berkenaan kepimpinan akademik, 155 jurnal dan prosiding yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, 5 projek penyelidikan antarabangsa, 21 projek penyelidikan nasional dan 19 projek konsultansi yang bernilai RM6.03 juta.
 
== Kelayakan ==