Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 403:
Penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]] semasa menghadiri ‘4th Steering Committee Meeting ADB-OECD Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific’ di Kuala Lumpur. Secara umumnya MACA diharap akan menjadi pusat serantau bagi usaha-usaha meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam pembanterasan rasuah.
 
Pelbagai institusi dan pertubuhan antarabangsa telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyediakan tenaga pengajar, pakar untuk merangka dan mengendalikan kursus, latihan, seminar, dan bengkel setiap tahun terutamanya di rantau Asia-Pasifik dalam pembenterasan jenayah rasuah. Ini boleh dilaksanakan melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala ( bilateral and multilateral ) dengan agensi-agensi penguatkuasa pencegahan rasuah serantau seperti ICAC Hong Kong, FBI, BMR Brunei Darussalam, KICAC ( Republic of Korea ), Indonesia, CPIB Singapura, Thailand dan lain-lain lagi. Dengan adanya pelbagai program yang dirancang adalah diharapkan MACA akan muncul sebagai pusat pembelajaran dan latihan terpenting di rantau Asia.Penubuhan MACA ini juga adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui penyediaan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, pengurusan dan kewangan, keselamatan, kepimpinan, latihan kejurulatihan, teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutamanya Bahasa Inggeris.
 
==Bidang Kuasa==