Lim Kit Siang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hellofeazy (bincang | sumb.)
Remove education. No proof.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 68:
'''[[Gelaran|Yang Berhormat]] Lim Kit Siang''' (lahir 20 Februari 1941; [[Bahasa Cina|Cina]]: 林吉祥; [[pinyin]]: Lín Jíxiáng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai penasihat [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP), sebuah parti kerajaan [[demokrasi|demokratik sosial]] di [[Malaysia]].
 
Lim memperolehi ijazah dari [[Universiti London]] untuk jurusan LL.B (Hons). Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dan pernah berkhidmat sebagai [[Pembangkang (Malaysia)|Ketua Pembangkang]] Parlimen di [[Dewan Rakyat]], dewan terendah bagi [[Parlimen Malaysia]]. Sejak 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku. Lim telah berkhidmat sebagai [[Ahli Parlimen]] (AP) sejak 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan [[Melaka]], [[Selangor]] dan [[Pulau Pinang]]. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999|Pilihanraya Umum 1999]], ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan [[Bukit Bendera]]. Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. [[Chen Man Hin]]. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh [[Kerk Kim Hock]].<ref>{{cite book |last=Musa |first=M. Bakri |title=Towards A Competitive Malaysia |year=2007 |publisher=Strategic Information and Research Development Centre |location=Petaling Jaya |isbn=978-983-3782-20-8|pages=79 }}</ref>
 
Beliau memenangi kawasan [[Ipoh]] [[Ipoh Timur|Timur]] dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2004]] yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen. Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan [[Karpal Singh]] telah dilantik sebagai penggantinya. Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, [[Lim Guan Eng]], mengambil alih daripada [[Kerk Kim Hock]] sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini. Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi "[[Operasi Lalang]]" pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan di bawah [[Akta Keselamatan Dalam Negeri]] (ISA) yang mengizinkan penahanan selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh [[Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia|Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri]].