Peristiwa 228: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 5:
 
== Latar belakang ==
Semasa [[pulau Taiwan]] [[Pendudukan Jepun di Taiwan|diduduki]] [[Empayar Jepun]] hasil perang[[Perang China-Jepun Pertama]] yang menewaskan [[dinasti Qing|Kemaharajaan Qing]], ia mengalami pembangunan ekonomi yang sangat makmur namun keadaan tersebut merudum dengan drastisnya setelah Jepun mula berperang menentang [[Amerika Syarikat]] dalam [[Perang Pasifik|Medan Pasifik]] yang dilangsungkan semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Setelah Jepun ditewaskan lalu [[Penyerahan kalah Jepun|menyerah kalah]], negara tersebut mengembalikan kuasa kepada pihak [[Kuomintang]] sebagai pemangku [[Republik China (1912–1949)|pemerintah China berkesinambungan yang sah]]. [[Chen Yi]] tiba mengambil alih sebagai ketua pentadbiran atau gabenor Taiwan bagi pihak China menggantikan [[Ando Rikichi]] pada 24 Oktober 1945. Pentadbiran baharu di bawah Chen Yi mengambil alih serta mengekalkan sistem [[monopoli negara]] pelbagai barangan yang didagangkan seperti [[tembakau]], [[gula]], [[kapur barus]], [[teh]], [[kertas]] serta bahan binaan seperti kimia dan [[simen]].<ref>{{cite journal |url=http://www.ixueshu.com/document/9418c49ad68ded70.html|title=大「劫收」与上海民营工业|publisher= 檔案與史學|date= March 1, 1998}}</ref> Pentadbirannya turut merampas dan memiliknegarakan banyak kilang, lombong serta kediaman yang ditinggalkan warga Jepun, namun pengurusan kewangan berkaitan aset rampasan mereka dilakukan dengan tidak tentu halanya sehingga menyebabkan [[inflasi]], [[kahat]] serta munculnya suatu [[pasara gelap]] yang besar.
 
Tidak lama setelah itu pula, pemerintah Kuomintang langsung terlibat dalam [[Perang Saudara China|perang saudara hebat]] dengan tentera [[Parti Komunis China|Parti Komunis]], di Tanah Besar China sehingga perkembangan ehwal pulau tersebut langsung tidak dapat diperhatikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap pegawai pejabat pemerintah [[provinsi]] yang lepas tangan akibat kerenah [[birokrasi]] dan [[korupsi]] yang dilihat lebih buruk berbanding pada zaman pemerintahan Jepun yang kental pengaruhnya selama 50 tahun pemerintahannya; malah juga faktor salah faham yang kerap hasil kejahilan mereka (penutur [[bahasa Mandarin]] dari Tanah Besar) terhadap budaya warga setempat di Taiwan (yang menutur [[bahasa Hokkien]]) mendatangkan rasa curiga kuat sesama mereka.
 
== Kejadian utama ==
=== [[27 Februari]] ===