Afieq Shazwan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Pengemasan.
Baris 14:
}}
 
'''Muhammad Shafieq Shazwan Zamros''' ataupun lebih dikenali sebagai '''Afiq''' (lahir 5 September 1997) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau pernah memasuki satumenyertai rancangan realiti iaitu ''[[Idola Kecil]]'' dan berjaya ke peringkat akhir pada tahun 2008 semasa berusia 11 tahun. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir. Bergiat aktif dalam aktiviti seni apabila berjaya memegang watak [[Tun Dr Mahathir Mohamad]] sewaktu kecil di Teater Tun Mahathir 1&2 yang merupakan antara teater terbaik di Malaysia gandingan bersama [[Erra Fazira]], [[Zizan Nin]] dan lain-lain.
 
Afieq menyertai pertandingan ''[[Big Stage]]'' dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk [[Sissy Imann]], [[Ariff Bahran]], [[Sarah Suhairi]], [[Andi Bernadee]], [[Tajul Ariff Noor bin Md Shari|Tajul Ariff]], [[Syafiq Farhain]], [[Baby Shima]], [[Fara Hezel]] dan [[Wani Kayrie]].<ref>Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). [https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/07/24/big-stage 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage'] ''[[mStar Online]]''. Dicapai pada 25 Julai 2018.</ref>