Perbincangan:Srivijaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
Bot menambah pengepala perbincangan.
 
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
 
Baris 1:
{{talkheader}}
 
== Pemilihan nama yang sepadu ==
 
Pada ketika ini, 18 Julai 2019, laman 'Srivijaya' mempunyai kedua-dua ejaan Srivijaya (dengan 119 bilangan keseluruhan) dan Sriwijaya (dengan 44 bilangan keseluruhan). Saya ingin bincangkan supaya laman ini dipindah ke 'Sri Wijaya' atau 'Sriwijaya'.
 
Saya cenderung terhadap dua ejaan ini kerana dalam sistem ejaan Melayu perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit dengan bunyi [v] akan bertukar menjadi [w], misalnya 'pavana' menjadi 'pawana', atau [b], misalnya 'vaidurya' menjadi 'baiduri'. Tambahan pula, dalam laman web [http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sriwijaya&d=175768&#LIHATSINI PRPM] ada ejaan ini dan ia telah pun wujud dalam buku-buku sastera Melayu. Ejaan dengan huruf [v] biasanya hanya digunakan untuk perkataan Inggeris atau Eropah kerana sebutannya benar-benar jelas, sedangkan [v] Sanskrit amat kabur dengan bunyi [w]/[b].
 
Alangkah baiknya kita gunakan perkataan kita yang sudah pun wujud dari zaman dahulu berbanding menyerap terus daripada bahasa Inggeris? Saya harap barangsiapa yang ada baca permohonan saya ini akan fikirkannya dengan jelas dan benar.
 
Maka dengan ini saya menutup dengan mengucapkan salam hormat.
 
[[Pengguna:Haziq Faruqi|Haziq Faruqi]] ([[Perbincangan pengguna:Haziq Faruqi|bincang]]) 10:42, 18 Julai 2019 (UTC)
Kembali ke laman "Srivijaya".