Yazdegerd III: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thekatyusha (bincang | sumb.)
Laman baru: ==Biografi== Beliau merupakan raja kerajaan Parsi Sassanid yang ke 29. Ayah beliau bernama Shahyar dan beliau mempunyai pertalian darah dengan kerajaan Rom Byzantine. Beliau ...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 19:00, 28 Januari 2008

Biografi

Beliau merupakan raja kerajaan Parsi Sassanid yang ke 29. Ayah beliau bernama Shahyar dan beliau mempunyai pertalian darah dengan kerajaan Rom Byzantine. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Pirooz dan seorang anak perempuan yang bernama Sharbanu.

Kehidupannya

Beliau menaiki takhta kerajaan pada bulan Jun 632M. Kerana sewaktu menaiki takhta beliau masih muda dalam lingkungan 20 tahun, beliau kurang berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan, seterusnya meletakkan kerajaan Sassanid terumbang-ambing.

Dengan ketiadaan pemimpin yang cekap seperti sebelumnya, kerajaan Parsi akhirnya tumbang di bawah pimpinan Yazdegerd.

Beliau akhirnya mati dibunuh ketika sedang berlindung di Merv.