Sulalatus Salatin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej: SejarahMelayu.jpg|thumb|200px|Sejarah Melayu, versi buku yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail.]]
 
'''Sulalatus Salatin''', juga dikenali dengan nama '''Sejarah Melayu''' ([[tulisan Jawi|Jawi]]: سجاره ملايو), merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]] yang ditulis oleh beberapa orang pengarang [[Melayu]]. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila [[empayar Portugis|pihak Portugis]] datang menakluk [[Melaka]], salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke [[Goa]] di tanah India sebelum dibawa balik ke Johor beberapa tahun kemudian oleh oleh Orangorang Kaya Suguh.
 
Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke [[Johor]] dari [[Kampar, Sumatera]] pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. <ref> [http://mcp.anu.edu.au/N/SM_bib.html malay concordance project.]</ref>