Uji Rashid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Filem-filem lakonannya cukup meninggalkan kesan seperti Permintaan Terakhir, Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau, Langit Tidak Selalu Cerah, Yassin, Mistik, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Misteri Balan-Balan dan beberapa buah lagi.
 
Sebelum wujudnya penganugerahan di [[Festival Filem Malaysia]] pada awal tahun 80an dan datangnya zaman internet, Uji Rashid telah berjaya mencipta era kegemilangannya sebagai bintang filem pujaan ramai menerusi barisan filem paling laris dekad 70an seperti Permintaan Terakhir, Jiwa Remaja, [[Menanti Hari Esok]] dan Dendang Perantau. Beliau digelar '''Primadona Filem Melayu era 70an''' dan satu-satunya seniwati yang mempunyai nama dan pengaruh cukupsangat besar di kalangan pencinta filem tempatan pada waktu itu (ini kerana Uji Rashid juga merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada dekad yang sama). Melalui penghayatan watak yang beliau persembahkan dalam setiap satu filem yang dijayakannya kecuali [[album Menanti Hari Esok | Menanti Hari Esok]] di mana Uji merupakan bintang undangan khas dan penyanyi [[runut bunyi]], Uji Rashid tidak pernah ketinggalan untuk tersenarai sebagai calon unggulan (akhir) buat trofi [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM) | Pelakon Wanita Terbaik]]. Ini adalah bagi kesemua watak utama lakonannya pada acara Festival Filem Malaysia sejak ia mula dianjurkan pada 1980. Filem-filem yang dimaksudkan adalah [[filem Dendang Perantau | Dendang Perantau]] (mewakili filem beliau pada lewat 70an) serta filem-filem drama berat seperti [[Langit Tidak Selalu Cerah]] dan Yassin. Uji Rashid paling hampir menggondol anugerah utama dalam majlis berprestij itu pada FFM8 melalui filem [[filem Yassin | Yassin]] seperti yang diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama ketika itu tetapi malangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Bahkan harus diingat lakonan menyayat hati dan cukup berkesan Uji di dalam filem tragik (juga kemunculan pertama beliau pada tahun 1975) iaitu [[Permintaan Terakhir]] nyata telah mengundang pujian ramai yang melimpah-ruah namun tiada sebarang acara penganugerahan terbilang wujud pada zaman itu.
 
Sejak awal tahun 1980an, Uji Rashid mula beralih pula membintangi ratusan drama tempatan.