Pencemaran bau Sungai Selangor 2019: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
→‎Garis masa: Tambah lebih banyak maklumat
Baris 9:
Pada 19 Julai pukul 2 petang, pencemaran berkenaan dapat dikesan pada muka sauk di tiga buah LRA dengan bacaan bau 4 ton menurut [[Ketua pegawai eksekutif|Ketua Pegawai Eksekutif]] Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman.<ref name=":1" /> Pada 20 Julai, pihak SYABAS hantarkan lori tangki air kepada zon keutamaan dengan pelanggan dan premis kritikal.<ref name=":3" /> Sebanyak 6 tan karbon aktif digunakan oleh Air Selangor untuk mengurangkan pencemaran yang dilepaskan ke dalam air.<ref name=":4" /> Walaupun punca pencemaran dapat dijejak, identiti pesalah langsung tidak dapat dikenal pasti dan barangkali akan berlaku lagi.<ref name=":3" />
 
Pada 21 Julai, SYABAS menyatakan bahawa mutu air telah dipulihkan ke beberapa kawasanː Kuala Lumpur dipulihkan 99%, diikuti dengan Petaling (95%), Gombak (94%), Klang/Shah Alam (91%), dan Kuala Langat (78%).<ref>Sira Habibu. (2019, 21 Julai). [https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/21/syabas-water-supply-fully-restored-in-kuala-selangor-hulu-selangor/#MF5sVLCbCQTiuSzM.99 Syabas: Water supply fully restored in Kuala Selangor, Hulu Selangor]. ''The Star Online''.</ref><ref>Nik Hafizul Baharuddin. (2019, 21 Julai). [https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/bekalan-air-pulih-94-peratus-1.941262 Bekalan air pulih 94 peratus]. ''Utusan Online''.</ref> Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, telah siasat apa yang menyebabkan pencemaran ini.<ref>Amirudin Shari. (2019, Julai 21). [https://twitter.com/AmirudinShari/status/1153191995428331520 Peninjauan tapak lokasi pencemaran Sungai Selangor]. ''Twitter.'' Sungai Selangor, Lembah Klang.</ref>
 
Pada 22 Julai, bekalan air diputuskan pada waktu pagi dan kembali semula pada waktu petang, kira-kira jam 6.00ptg.<ref>Air Selangor. (2019, Julai 22). [https://twitter.com/air_selangor/status/1153257746176696320 Makluman jangkamasa pemulihan hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor SSP1, SSP2 dan SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang]. ''Twitter.'' Selangor.</ref> Kumpulan Semesta SDN BHD mengeluarkan kenyataan media tentang pengesanan tumpahan minyak berdekatan Kolam Hang Tuah.<ref>Pei Ling Gan. (2019, Julai 21). [https://twitter.com/plgan/status/1153120144022835200 Selangor’s sand mining concessionaire owns up to the spillage.]. ''Twitter.'' Sungai Selangor, Lembah Klang.</ref>
 
Pada 23 Julai, akhirnya sumber pencemaran telah disahkan dan diwara-warakanː minyak diesel yang tumpah daripada projek pengorekan pasir di hulu Sungai Selangor.<ref name=":5">Astro Awani. (2019, 24 Julai). [http://www.astroawani.com/video-malaysia/nampak-tumpahan-diesel-ada-individu-tawar-duit-kopi-1802418 Nampak tumpahan diesel, ada individu tawar 'duit kopi'].</ref> Menurut laporan daripada seorang saksi bekerja bagi projek tersebut yang bernama "Peter" (48), "majikannya" telah cuba [[Rasuah|menyogoknya]] daripada masuk campur dan melaporkan tumpahan minyak di tempat kejadian.<ref name=":5" /> Saksi telah menyatakan sifat khuatirnya dengan tumpahan minyak tersebut namun akui tidak tahu ke manakah patut beliau laporkan kejadian itu.
 
Pada 26 Julai, dua orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan tumpahan minyak diesel ke Sungai Selangor. Beliau berdua ditahan reman sehingga hari Ahad, 28 Julai.<ref>Astro Awani. (2019, 26 Julai). [http://www.astroawani.com/video-malaysia/polis-tahan-2-suspek-pencemaran-sungai-selangor-1802589 Polis tahan 2 suspek pencemaran Sungai Selangor].</ref>
 
== Rujukan ==