712
suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
== Sinopsis ==
Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen Husna (''[[Puteri Aishah]]'') masih menyendiri lagi. Ibunya asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami.
Adam Firdaus (''[[Kamal Adli]]''), umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan Mak Ngahnya, Aireen langsung menyuruh Mak Ngahnya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.
''“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM''
''“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH''
''“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM''
Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang arkitek. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.
''“Dia tu client Aireen.” – AIREEN''
''“Kacaknya client. Tak terpikat ke?” – ADAM''
''“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN''
''“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM''
''“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN''
Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.
''“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM''
''“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN''
Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?
== Pelakon ==
|
suntingan