Kelembapan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 73:
==Tempat-tempat yang paling lembap di dunia==
Bandar-bandar yang paling lembap di dunia biasanya terletak berhampiran dengan khatulistiwa, dekat dengan kawasan pantai. Bandar-bandar di Asia Selatan dan Tenggara nampaknya antara yang paling lembap. [[Kolkata]] dan [[Kerala]] di India; serta [[Bangkok]] di Thailand mengalami kelembapan melampau semasa musim hujan ditambah dengan kehangatan yang memberikan rasa sauna suam-suam kuku.<ref>http://www.bbc.co.uk/weather/world/city_guides/results.shtml?tt=TT002890</ref> [[Darwin]] di Australia mengalami musim basah lembap yang melampau dari Disember hingga April. [[Kuala Lumpur]] dan [[Singapura]] mempunyai kelembapan yang amat tinggi sepanjang tahun kerana hampir dengan kawasan air dan [[khatulistiwa]] dan cuaca mendung; meskipun terdapat pancaran sinar matahari, hari cerah sepenuhnya agak jarang di lokasi-lokasi ini dan ia kerap kali berkabus. Di tempat-tempat yang lebih sejuk seperti Tasmania Utara di Australia, kelembapan tinggi dialami sepanjang tahun berpunca daripada lautan antara tanah besar Australia dan Tasmania. Pada musim panas, udara yang kering dan panas diserap oleh lautan ini dan suhu jarang-jarang mencapai lebih daripada 30℃.
 
Di Amerika Syarikat, bandar-bandar yang paling lembap, tegasnya dari segi [[kelembapan bandingan]], ialah [[Forks, Washington|Forks]] dan[[Olympia, Washington]].<ref>http://www.komotv.com/news/archive/4092941.html</ref> Hakikat ini mungkin mengejutkan ramai orang, kerana iklim kawasan ini jarang-jarang memperlihatkan ketidakselesaan yang biasanya dikaitkan dengan kelembapan tinggi. Takat embun lazimnya lebih rendah di Pantai Barat berbanding di Pantai Timur. Kerana takat embun yang tinggi memainkan peranan yang bererti berbanding kelembapan bandingan dalam ketidakselesaan yang terhasil semasa hari-hari lembap, udara di bandar-bandar barat ini biasanya tidak berasa "lembap".
 
==Rujukan==