Perbezaan antara semakan "Mata pelajaran Hogwarts"

tiada ringkasan suntingan
 
Sekolah Sihir [[Hogwarts]] ialah sebuah sekolah sihir rekaan sebagai latar dalam cerita bersiri J.K. Rowling iaitu Harry Potter. Terdapat beberapa orang pengajar (yang dipanggil professor), yang mempunyai pengkhususan dan mata pelajaran Hogwarts masing-masing. Terdapat mata pelajaran teras (wajib) dan elektif (pilihan). Para pelajar dikehendaki mengambil dua mata pelajaran elektif bermula pada tahun ketiga. Setelah mengambil [[P.S.B]] @ O.W.L pada tahun kelima, mereka akan menentukan kelas mana yang akan diambil untuk melanjutkan pelajaran ke tahap [[U.S.S.M]] bagi 2 tahun terakhir di Hogwarts.
The Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry is a fictional magic school that is the main setting of the Harry Potter novels by J. K. Rowling. There are several teachers (called professors), each specialising in a single subject. Some are required, others electives. Students are required to take at least two electives beginning in their third year. After taking their O.W.L. exams at the end of their fifth year, they decide which classes to continue to the N.E.W.T. level for the next two years at Hogwarts.
 
==Mata Pelajaran Teras==
 
===Transfigurasi===
 
Sebagai satu seni metamorfosis, Transfigurasi ialah mengubah bentuk dan keadaan sesuatu objek. Subjek ini lazimnya boleh dilakukan dengan tumpuan penuh, hayunan tongkat sakti yang tepat dan pengucapan jampi yang betul. Salah satu mata pelajaran yang leceh dan sukar, subjek ini sememangnya memerlukan pemerhatian dan usaha yang sangat kuat. Transfigurasi diajar secara teras bagi tahun pertama hingga tahun kelima dan menjadi subjek pilihan pada tahun keenam dan ketujuh bagi tahap U.S.S.M.
 
[[Albus Dumbledore]] pernah mengajar subjek ini sebelum menjadi pengetua dan diambil alih kemudiannya kini oleh [[Minerva McGonagall]], yang juga seorang guru yang berkebolehan dan tegas serta mengambil berat dalam hal disiplin pelajar. Selepas peristiwa pecah masuk Death Eater ke Hogwarts, McGonagall terpaksa mengambil alih jawatan Pengetua dan tidak diketahui lagi sama ada pengajar baru atau beliau sendiri mengajarnya.
50,138

suntingan