BoBoiBoy: The Movie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
'''''BoBoiBoy: The Movie''''' (asalnya ''BoBoiBoy: Sfera Kuasa''<ref name="boboiboysferakuasa">{{Cite web |url=http://countdown.monsta.com/ |title=Laman Web Countdown BoBoiBoy Sfera Kuasa |date=Jun 2013 |publisher=[[Animonsta Studios]] |archive-url=https://web.archive.org/web/20160304101659/http://countdown.monsta.com/ |archive-date=4 Mac 2016 |dead-url=yes |access-date=17 November 2015}}</ref>) ialah sebuah filem aksi komedi adiwira animasi Malaysia tahun 2016. Filem ini merupakan filem pertama yang telah diterbitkan oleh [[Animonsta Studios]], berdasarkan siri TV ''BoBoiBoy''.
 
Ceritanya berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. Pemburu-buru ini ingin mengesan 'Sfera Kuasa' kuno yang mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.
 
Filem ini telah ditayangkan di pawagam [[Malaysia]] dan [[Brunei]] pada 3 Mac 2016, dan 13 April 2016 di Indonesia.<ref>https://www.nst.com.my/news/2016/03/132325/boboiboy-movie-smashes-rm5-million-box-office-mark</ref> Filem ini merupakan [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi]] sebelum diatasi oleh ''[[Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal]].'' Sebuah filem kedua, ''[[BoBoiBoy: Movie 2]]'' akan ditayangkan 8 Ogos 2019.