Mata pelajaran Hogwarts: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
[[Albus Dumbledore]] pernah mengajar subjek ini sebelum menjadi pengetua dan diambil alih kemudiannya kini oleh [[Minerva McGonagall]], yang juga seorang guru yang berkebolehan dan tegas serta mengambil berat dalam hal disiplin pelajar. Selepas peristiwa pecah masuk Death Eater ke Hogwarts, McGonagall terpaksa mengambil alih jawatan Pengetua dan tidak diketahui lagi sama ada pengajar baru atau beliau sendiri mengajarnya.
 
Terdapat kebarangkalian yang menyatakan Ketua Rumah Gryffindor terikat dengan jawatan pengajar Transfigurasi.
 
===Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam===
Baris 33 ⟶ 35:
*[[Dolores Umbridge]] (''[[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]]'')
*[[Severus Snape]] (''[[Harry Potter and the Half-Blood Prince]]'')
 
===Mantera===
 
Satu pergerakan dan manipulasi ke atas suatu objek dan ciptaan oleh fenomena yang ditentukan oleh hayunan tongkat sakti dan pengucapan jampi yang betul. Kelas ini merupakan antara kelas yang bising kerana sekumpulan pelajar akan berlatih bagaimana menggerakkan suatu objek ke arah mereka dan pada masa yang sama akan membuatkan yang lain ketawa dengan kuat kerana kesilapan dalam mantera tersebut.
Mantera diajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.
 
[[Filius Flitwick]] merupakan pengajar subjek ini pada ketika ini dan mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang akan diajar [[J.K.Rowling jika beliau merupakan pengajar di sana.
 
===Posyen===
 
Seni membuat [[posyen]] untuk menimbulkan kesan magis. Pembuatan posyen amatlah leceh dan arahan harus dituruti sebulat-bulatnya untuk memperoleh keputusan yang dikehendaki. Posyen diajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.
 
[[Severus Snape]] merupakan pengajar Posyen dari siri pertama hingga siri kelima, walaupun beliau amat mengkehendaki jawatan pengajar subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Walaupun beliau seorang guru yang bertauliah, beliau amat tidak adail dalam hal disiplin dan sering mengambil kesempatan dalam mengenakan pelajar yang tidak digemarinya seperti [[Neville Longbottom]] (kerana kelemahannya dalam pelajaran) dan [[Harry Potter]] (kerana perasaan benci terhadap bapa Harry]]. Pelajar dari rumah ([[Rumah Hogwarts#Slytherin|Slytherin]]) amat menyukai kelasnya kerana sikap Snape yang sering berat sebelah.
 
[[Horace Slughorn]] merupakan seorang pengajar Posyen Hogwarts sebelum Snape mengajar di sekolah itu. Slughorn menjawat jawatan itu untuk satu tempoh yang lama dan pelajarnya termasuklah [[Lord Voldemort|Tom riddle]], [[James dan Lily Potter|Lily Evans]], [[James dan Lily Potter|James Potter]], [[Sirius Black]], [[Peter Pettigrew]], [[Bellatrix Lestrange]] dan Snape sendiri. Apabila Snape menyandang jawatan guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, Slughorn telah diminta untuk kembali dari persaraanya untuk mengajar subjek ini.
 
[[Minerva McGonagall]] menjelaskan kepada Harry pada nasihat kerjayanya yang mata pelajaran ini amatlah penting untuk diambil pada tahap U.S.S.M. untuk menjadi seorang [[Auror]].
 
Terdapat kebarangkalian yang menyatakan Ketua Rumah Slytherin terikat dengan pengajaran Posyen.