Grunge: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
k Bot: Featured article link for he:גראנג'
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
Minat terhadap muzik grunge bagaimanapun pendek sahaja. Terdapat beberapa faktor penting yang menyumbang kepadanya. Sungguhpun sebahagian darinya mampu secara sendiri menamatkan kepopularan genre ini, ianya dipercayai bahawa lebih dari satu faktor menyebabkan kemerosotan.
 
Kebanyakan peminat dan sejarahwan muzik percaya bahawa kebanyakan kumpulan grunge terlalu menentang kepada bintangpopulariti umum (''stardom'') utama bagi mencapai sokongan berkekalan dari label syarikat rakaman utama. kebanyakan kumpulan grunge enggan bekerjasama dengan syarikat rakaman utama bagi menghasilkan ikatan ramah radio, dan syarikat rakaman berpaling kepada kumpulan baru yang sanggup melakukannya, sungguhpun dengan irama yang dikurangkan yang tidak begitu disambut baik oleh peminat lama genere itu. Kemerosotan jualan muzik pada 1996 turut mempengaruhi syarikat rakaman bagi melihat genre muzik berlainan dari mempromosi genre seperti grunge yang popular setakat itu. Bagaimanapun kemerosotan ini mungkin juga disebabkan penggunaan kumpulan yang lebih jinak iramanya oleh industri muzik itu sendiri.
 
Antara faktor yang mungkin mendorong kemerosotan popular umum grunge adalah kebangkitan sub-genre grunge yang dikenali sebagai [[post-grunge]]. Post-grunge merupakan variasi grunge ramah radio yang tidak mempunyai bunyi "kotor" yang biasa didengari peminat grunge. Sub-genre ini dipercayai didorong oleh esekutif syarikat rakaman yang mahu menjual variasi genre grunge kepada pasaran lebih meluas dengan menyerupai bunyi muzik pop. Pada pertengahan 1990-an, syarikat rakaman mulai mengambil beberapa kumpulan yang menghasilkan muzik seperti itu dan memberikan mereka lebih dedahan. Sementara sesetengah kumpulan tersebut berjaya seperti Silverchair dan Bush, kebanyakan peminat grunge mebgutuk kumpulan post-grunge sebagai pembelot. Ini jelas dalam kes Candlebox dan Collective Soul, yang dihila oleh kebanyakan peminat grunge. Malah kumpulan post-grunge yang berjaya turut dituduh sedemikian oleh peminat grunge, menyebabkan banyak dari mereka mempunyai kepopularaan yang lebih singkat berbanding kumpulan grunge awal.