Ramen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Meskipun berasal dari [[masakan Cina|China]], waktu ramen diperkenalkan di Jepun masih belum dipastikan. Asal-usul perkataan "ramen" pun menjadi perdebatan. Satu [[hipotesis]] yang mungkin paling boleh dipercayai ialah "ramen" merupakan sebutan Jepun untuk perkataan [[bahasa Cina]] {{lang|zh|拉麺}} (''[[lamian]]''), iaitu "mi tarik" (nama yang masih digunakan untuk jenis mi sebegini dalam bahasa Cina). Satu lagi hipotesis menyatakan {{lang|zh|老麺}} (''laomian'', "mi tua") sebagai bentuk asalnya, sementara satu lagi menyatakan bahawa ramen mula-mulanya disebut {{lang|zh|鹵麺}} (''lúmiàn''), iaitu mi yang dimasak dalam sos yang pekat dan berkanji. Satu lagi hipotesis ialah {{lang|zh|撈麵}} (''lāomiàn'', "[[lo mein]]"): {{lang|zh|撈}} bererti "mengorek keluar" dan memaksudkan kaedah memasak mi ini dengan merendamkannya dalam air yang mendidih sebelum mengeluarkannya dengan jaring dawai.
 
Pada awal [[zaman Meiji]], ramen dipanggil {{nihongo|''[[shina (word)|shina]] [[soba]]''|支那そば||"soba Jepun gaya Cina"}} tetapi kini pula {{nihongo|''chūka soba''|中華そば|juga "soba Jepun gaya Cina"}} menjadi istilah yang lebih diterima umum. Menjelang tahun [[1900]], restoran-restoran yang menyajikan [[masakan Cina]] dari [[Canton, ChinaGuangzhou|Canton]] dan [[Shanghai]] menawarkan hidangan ramen ringkas yang terdiri daripada mi (yang dipotong dan bukan ditarik tangan), sedikit hias atas, dan sup yang diberi rasa garam dan tulang khinzir. Kebanyakan orang Cina juga membuka gerai bergerak, menjaul ramen dan ladu [[Jiaozi|gyōza]] kepada golongan pekerja. Menjelang pertengahan 1900-an, gerai-gerai ini menggunakan sejenis alat tiup bernama {{nihongo|''charumera''|チャルメラ||dari ''charamela'' [[bahasa Portugis]]}} untuk menarik perhatian, iaitu satu amalan yang masih dikekalkan sesetengah penjaja masa kini melalui pembesar suara dan rakaman berulang. Menjelang awal [[zaman Shōwa]], ramen menjadi hidangan yang popular apabila makan di luar rumah.
 
Selepas [[Perang Dunia II]], tepung murah yang diimport dari A.S. menembusi pasaran Jepun. Pada masa yang sama, berjuta-juta askar Jepun kembali dari China dan tanah besar Asia Timur, kebanyakan mereka sudah biasa dengan masakan Cina lalu membuka resotran Cina di seluruh Jepun. Meskipun popular, memakan ramen tetap hanya boleh dimakan di luar.