Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Haqeem Putra (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 11:
Selain daripada kerosakan-kerosakan terhadap bahasa Melayu yang diterima dan dipakai masyarakat, pengguna Wikipedia bahasa Melayu juga sedar bahawa kerosakan juga boleh datang dalam bentuk rasmi yang diterima oleh penjaga bahasa Melayu itu sendiri seperti DBP. Hal ini jelas kelihatan apabila kamusnya dilihat mengimport secara berlebihan daripada [[bahasa Inggeris]] istilah-istilah baru seperti "sukses", "famili", "tem", "gem", "frod" dan sebagainya meskipun perkataan "kejayaan", "keluarga", "masa", "permainan" dan "penipuan" cukup memadai. Pemimpin kerajaan Malaysia pada suatu ketika dahulu juga pernah menggalakkan masalah ini (seperti kontroversi perkataan ''infotainmen'' dan penciptaan istilah ''bajet'') dan lebih membimbangkan adalah penerimaan dan penggunaan istilah-istilah ini secara meluas dalam media massa Melayu di Malaysia misalannya.
 
Kesemua warga Wikipedia bahasa Melayu tidak kira yang datang dari pelbagai negara dan ras yang kekal menjadikan bahasa ini sebagai bahasa pertuturan dan penghantar akan menyayangi dan mendukungmenyokong '''bahasa Melayu piawai''' yang '''asal''' dan ''tidak ingin'' turut berkerjasama dalam kerosakan dan pencemaran bahasa sistematik yang diteruskan masyarakat dan badan-badan yang disebutkan di atas.
 
Atas sebab kebimbangan masalah ini mungkin akan turut melanda ke dalam Wikipedia bahasa Melayu, suatu garis panduan '''gunakan bahasa Melayu piawai''' telah diwujudkan di Wikipedia versi bahasa Melayu bertujuan untuk mengharamkan penggunaan bahasa yang tidak piawai dalam rencana disamping menyekat penggunaan bahasa yang tidak piawai dalam perbualan antara pengguna. Ia juga digubal sebagai langkah jangka panjang bagi memelihara keaslian dan nilai-nilai keluhuran bahasa Melayu piawai itu sendiri dari diperlekehkan sesuka hati.