Lundang: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 150:
Ayahanda Mandur Mis iaitu Tuan Kundur (Raja Long Ain) adalah berjawatan Raja Muda semasa pemerintahan nendanya, Raja Tuan Besar [[Tuan Besar Long Bahar|Long Bahar]] Ibni Datu Pengkalan Tua Patani yang memerintah Kelantan pada tahun 1721-1733. Raja Muda Tuan Kundur ini ialah anakanda sulung Raja Tuan Besar [[Tuan Besar Long Bahar|Long Bahar]] dengan isterinya yang kedua, iaitu [[Raja Pah Binti Sultan Umar]] Jembal.
Raja Muda Tuan Kundur ini tidak lain ialah kekanda sulung seibu sebapa kepada Sultan Haji Yunus Raja Patani, manakala sebagai adinda sebapa pula kepada [[Long Sulaiman bin Long Bahar|Long Sulaiman]], Raja Kelantan 1734-1756. Raja Muda Tuan Kundur menjadi Raja di Kota Sening pada tahun 1721 mengambil tempat ayahandanya Tuan Besar Long Bahar
Sewaktu mula-mula
Mandur Mis yang memerintah Kampung Lundang selama 28 tahun ini kemudian mangkat pada tahun 1790. Tempatnya sebagai Raja Lundang telah disandang oleh puteranya bernama Tuan Lebar. Namun tidak lama kemudian, pada tahun 1800, Tuan Lebar telah dilantik pula menjadi pembesar tertinggi negeri oleh Sultan Muhammad - I sebagai panglima perang. Pada zaman Sultan Muhammad I ini, baginda telah menubuhkan tujuh jawatan terpenting iaitu pembesar tertinggi dengan kedudukan tarafnya adalah dinombor dua selepas Sultan, salah satunya adalah termasuk jawatan panglima perang inilah dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang<ref>lihat ([[Corak Pemerintahan Kelantan lampau]])</ref> serta telah dianugrah pula untuk berkuasa memerintah di kawasan bermula dari sungai Kampong Wakaf Stan di sebelah timur hingga ke Sungai Kampung Sireh di sebelah barat, sebelah hulu tebing Sungai Lundang di selatan hingga ke Paya Rambai di sebelah utara. Kawasan - kawasan ini, disebabkan pusat pemerintahannya berpusat di Kampung Lundang, maka kawasan ini kemudian terkenal dan masyhur dengan nama daerah Lundang.
|