Perbezaan antara semakan "Abu Bakar as-Siddiq"
→Kewafatan Saidina Abu Bakar
=== Peperangan Islam-Riddah ===
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi [[khalifah]]. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak [[orang Arab|Arab]] memberontak dan menentang [[khalifah]]. Sesetengah daripada mereka enggan membayar [[zakat]] manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan [[Muslim]]. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan ''Riddah''. Hal ini merupakan permulaan siri [[Peperangan Islam-Riddah]]. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah [[Musailamah al-Kazzab]]. Namun [[Khalid Al-Walid]] berjaya menumpaskan Musailimah dalam pertempuran.<ref>http://surautaalim.blogspot.com/2010/02/kisah-perang-dan-perjuangan-para.html</ref>
=== Ekspedisi ke Utara ===
Selepas berjaya mengurangkan golongan ''riddah'', Saidina Abu Bakar menghantar
=== Pengumpulan al-Quran ===
== Kewafatan Saidina Abu Bakar ==
Saidina Abu Bakar wafat pada [[23 Ogos]] [[634]] di [[Madinah]] iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima [[Saidina Umar Al-Khatab]] sebagai khalifah yang baru
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam [[Nabi Muhammad s.a.w.]] di [[Masjid an-Nabawi]] yang terletak di [[Madinah]].
== Sumbangan Saidina Abu Bakar ==
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan ''Riddah'' yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat [[al-Quran]] dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh [[Islam]]<ref>http://p4ceriko-ppc.blogs.smjk.edu.my/2009/07/27/sumbangan-khulafa-al-rasyidin/</ref>.
== Lihat juga ==
|