Perbezaan antara semakan "Animasi"

1 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
 
[[Georges Méliès]], seorang pembikin filem Perancis, ialah pencipta filem kesan khas, seperti ''[[Pengembaraan ke Bulan]]'' (''Le Voyage dans la lune''). Beliau menggunkan pelbagai teknik – salah satunya adalah untuk menghentikan rakaman kamera, membuat perubahan dalam babak, dan kemudiannya menyambung rakaman filem. Idea ini amat serupa dengan apa yang bakal menjadi animasi [[gerak henti]]. Méliès menemui teknik ini secara tidak sengaja apabila kamera beliau rosak apabila merakam sebuah bas bergerak. Setelah kamera itu dibaiki, kebetulan seekor kuda sedang berjalan melaluinya sebaik sahaja Méliès menyambung rakaman. Hasilnya, bas itu seakan-akan bertukar menjadi kuda.
 
[[J. Stuart Blackton]] barangkalinya merupakan pebikinpembikin filem Amerika Syarikat pertama yang menggunakan teknik gerak henti dan animasi lukisan tangan. Setelah diperkenalkan kepada perfileman oleh [[Edison]], beliau merintis konsep-konsep ini pada awal abad ke-20, dengan karya berhakcipta sulung beliau pada tahun 1900. Sesetengah filem beliau, antaranya ''[[The Enchanted Drawing]]'' (1900) dan ''[[Humorous Phases of Funny Faces]]'' (1906) merupakan versi filem bagi rutin "pelukis kilat" Blackton, dan menggunakan versi diubah suai teknik-teknik gerak henti awal Méliès untuk menghasilkan sesiri lukisan [[papan hitam]] kelihatan bergerak dan berubah bentuk sendiri. ''Humorous Phases of Funny Faces' sering dianggap sebagai filem animasi pertama yang sejati, dan Blackton pula [[animator]] pertama yang sebenar.
 
Seorang lagi seniman Perancis, [[Émile Cohl]], mula melukis siri kartun dan pada tahun 1908, beliau menghasilkan filem bertajuk ''Fantasmagorie''. Filem ini menampilkan satu ''[[stick figure]]'' yang bergerak-geri dan menemui beraneka all objek berubah bentuk, seperti botol wain yang bertukar bentuk menjadi bunga. Terdapat juga bahagian lakonan langsung yang mana tangan animator memasuki babak. Filem ini dihasilkan dengan melukis setiap gambar pada kertas lalu mengambil setiap gambar ke dalam [[filem negatif]] yang memberikan rupa papan hitam pada gambar. Ini menjadikan ''Fantasmagorie'' filem animasi pertama yang dihasilkan melalui apa yang dikenali sebagai [[animasi tradisional|animasi tradisional (lukisan tangan)]].
140

suntingan