Jogho: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Harun Luis (bincang | sumb.)
→‎Keseluruhan: Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 56:
==Ulasan==
===Keseluruhan===
Filem ini begitu bermutu dari segi penghasilan. Walaupun gagal dari segi kutipan filem, tetapi filem ini menag dari segi kualiti. Filem ini dilihat sebagai filem Malaysia yang banyak memaparkan kritikan sosial terhadap masyarakat. Sebagai pengarah, U-Wei telah melakukan sesuatu yang terbaik dalam penghasilan sesebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel tahun 1976 yang berjudul ‘Juara’ ditulis oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.
 
===Lakonan===
Kredibiliti pelakon dan pengiat teater tanah air, [[Khalid Salleh]] tidak boleh dipertikaikan. Beliau memberi lakonan yang mantap dan dapat menjiwai watak seorang pelaga lembu yang tegar dengan begitu baik dan sempurna. Watak yang dibawa oleh [[Normah Damanhuri]] begitu baik sebagai isteri kepada pelaga lembu. Beliau telah dapat menjiwai watak tersebut dengan baik sekali. Pujian harus diberikan oleh seluruh pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Begitu juga dengan lakonan sokongan oleh pelakon muda seperti [[Adlin Aman Ramli]], Aliza Rafar, Juhara Ayob, [[Sabri Yunus]] dan Ijoy Azhari. Filem ini merupakan antara beberapa filem yang pernah dicalonkan dalam kesemua kategori lakonan utama di Festival Filem Malaysia.