Perbezaan antara semakan "Semerah Padi"

1 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
 
==Ringkasan==
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan TerunaTaruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.
 
Di malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampung, Aduka dan TerunaTaruna berjaya menangkap Jejaka ([[A. Rahim]]) dan Galak ([[Normadiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sulasulah sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.
 
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru -harakan kampung Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, TerunaTaruna dan orang -orang kampung bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, ([[Kemat Hassan]], [[Shariff Dol]], [[Ahmad C]] dan [[Omar Suwita]]) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.
 
Negeri dilanda lanun dan TerunaTaruna serta 9 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampung Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek ([[Salleh Kamil]]) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.
 
Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, TerunaTaruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan TerunaTaruna dan kedua -dua orang tuanya. TerunaTaruna sungguh kecewa. TerunaTaruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya.
 
TerunaTaruna berjumpa Tok Penghulu untuk mempercepatkan nikah antara Dara dan Aduka. Keluarga TerunaTaruna pula memutuskan tali pertunangan antara TerunaTaruna dan Dara. Tok Penghulu kebingungan, Dara dan Aduka mengaku kesalahan di hadapan Tok Penghulu. Tok Penghulu sangat kecewa dan menjatuhkan hukuman sebat 100 kali keatas tubuh Aduka dan Dara mengikut perintah dari Al-Quran. Kedua-duanya selamat selepas hukuman selesai. TerunaTaruna tidak berdendam dengan Aduka. Aduka akhirnya bernikah dengan Dara setelah kedua duanya kembali sihat walafiat.
 
~TAMAT~
Pengguna awanama