Mahathir Mohamad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 182:
Dr. Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 selepas tamatnya [[pendudukan Jepun di Tanah Melayu]] yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang ''[[Malayan Union]]''.<ref>{{Harvnb|Wain|2010|p=9}}</ref> Apabila [[UMNO]] ditubuhkan pada 1946, beliau merupakan salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di kalangan golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Abdul Rahman]] apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk [[Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959|pilihan raya umum 1959]]. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
 
Pada Pilihan Raya Umum Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai [[Ahli Parlimen]] Kota Setar selepas menewaskan calon [[Parti Islam Se-Malaysia]] ([[PAS]]) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli [[Majlis Tertinggi UMNO]] pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.<ref name="tan_51">Tan & Vasil, p. 51</ref>
 
Berikutan [[Peristiwa 13 Mei|peristiwa 13 Mei 1969]], Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.