Sultan Alauddin Riayat Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syarulbaraya (bincang | sumb.)
k ايجاءن جاوي
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
| place of burial =[[Pagoh]], [[Johor]]
|}}
'''Raja Hussain (راج حسين)''' atau '''Sultan Alauddin Riayat Shah (سلطان علاء الدين رعاية شاه)''' merupakan sultan [[Melaka]] yang ketujuh.<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=SULTAN+ALAUDDIN+RIAYAT+SYAH+%281455++1488%29 SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1455 1488)]</ref> Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, [[Sultan Mansur Shah]] pada tahun [[1477]]. Baginda merupakan sultan yang sangat mementingkan [[keamanan]] negeri Melaka. Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Hal ini demikian kerana telah berlaku huru-hara yang mengatakan negeri Melaka berlaku kecurian di kalangan rakyat. Oleh itu, mereka berjaya menemukan pencuri tersebut lalu diusir dan dibunuh oleh titah Baginda dari negeri Melaka. Hasilnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga ialah seorang sultan yang adil dan warak.{{Fakta}}
 
Walau bagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Muhammmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Muhammad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-Muslim.