Adat Temenggong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Syarulbaraya (bincang | sumb.)
k ايجاءن جاوي
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Adat Temenggung (عادت تمڠڬوڠ)''' merupakan [[undang-undang adat]] [[Minangkabau]] yang diamalkan di [[Negeri-Negeri Melayu]] (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi turun temurun oleh negeri-negeri Melayu yang lain) kecuali Negeri Sembilan yang mengamalkan [[Adat Perpatih]]. Adat ini diasaskan oleh '''Datuk Ketemenggungan''' (abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari Sumatera.<ref>SP Star. [http://web.archive.org/20021117210954/www.geocities.com/cominglucky/hadat.htm Hukum Adat]</ref>
 
Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih" kerana istilah ini tidak ada dalam budaya Melayu yang awal.<ref>Jelani Harun. [http://melayuonline.com/article/?a=SG9tL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=kajian-naskah-undang--undang-adat-melayu-di-london Kajian Naskah Undang-Undang Adat Melayu di London], Melayu Online</ref> Disebabkan oleh Adat Temenggong diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat Temenggong telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah [[Hukum Kanun Melaka|Undang-Undang Melaka]], Undang-Undang Johor dan Undang-Undang Kedah.