Adriana Adnan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 21:
 
==Kerjaya==
Mewarisi bakat pengacaraan daripada ibunya, Adriana memulakan kerjaya penyiarannya dengan menyertai rancangan ''Pencarian Wajah Baharu HLive!'' di mana beliau terpilih menjadi wartawan lokasi dan pengacara bersama Donna Muslim.<ref name="Biodata Adriana"/> Sejak 2016, beliau merupakan salah seorang pengacara rancangan hiburan [[Astro Ria]], ''HLive!''. Adriana juga pernah mengacarakan rancangan ''Lawak Pagi'' bersama [[Abam Bocey (pelawak)|Abam Bocey]] di [[Astro Warna]].
 
Kerjaya lakonannya bermula sebaik sahaja ditawarkan berlakon dalam drama adaptasi novel karya Dyla Dyna, ''[[Suri Hati Mr. Pilot]]'' lakonan [[Fattah Amin]] dan [[Neelofa]], di mana beliau memegang watak Jannah.<ref>{{cite news|url=http://www.karangkraf.com/gaya-hidup/suri-hati-mr-pilot-lonjak-nama-adriana-adnan-1.626518|title=Suri Hati Mr. Pilot lonjak nama Adriana Adnan|author=Suziana Abu Daid|publisher=Karangkraf|date=11 Februari 2017|accessdate=22 Jun 2018}}</ref> Beliau seterusnya memegang watak antagonis dan penggoda sebagai Zehra dalam ''[[Urusan Hati Cik Drama Queen]]'' yang dibintangi oleh [[Scha Al-Yahya]] dan [[Aiman Hakim Ridza]].<ref>{{cite news|url=http://www.gempak.com/artikel/3407/adriana-adnan-goda-aiman-hakim-ridza|title=Adriana Adnan goda Aiman Hakim Ridza|author=Kamaruddin Razal|publisher=Astro Gempak|date=2 Februari 2017|accessdate=19 Jun 2018}}</ref>