Sangkar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Buat asal
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Buat asal
Baris 68:
 
==Penerbitan==
''Sangkar'' ialah sebuah filem bertemakan seni bela diri campuran (MMA). Ia merupakan filem terbitan bersama empat syarikat penerbitan—[[Primeworks Studios]], [[Astro Shaw]], Infinitus Gold dan MM2 Entertainment.<ref>Rudy Imran Shamsudin (16 Julai 2019). [https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/476171/filem-sangkar-babit-empat-produksi-tempatan Filem Sangkar babit empat produksi tempatan] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 30 Ogos 2019.</ref> [[Remy Ishak]] dan [[WelsonZul SimAriffin]] dipilih menjayakan watak utama, sebagai Johan dan ChanAdam. Menurut Penerbit Eksekutif Infinitus Productions, [[Gayatri Su-Lin Pillai]], pemilihan Remy dan WelsonZul dibuat berdasarkan kebolehan mereka membawakan genre aksi selain ramai yang ingin melihat dua pelakon ini bergabung dalam sebuah naskhah.<ref name="Sangkar satukan Remy, Zul">Najiy Jefri (1 Julai 2018). [https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/353422/sangkar-satukan-remy-zul Sangkar satukan Remy, Zul] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref>
 
{{quote|"Saya menerima banyak permintaan daripada peminat yang ingin melihat dua pelakon ini beraksi dalam sebuah filem. Justeru, kami sepakat memilih Remy dan WelsonZul untuk menerajui ''Sangkar''. Kebolehan lakonan dua bintang ini tidak perlu dipersoalkan. Malah mereka juga memiliki nilai komersial untuk menarik penonton ke panggung. Lagipun, filem ini akan menyaksikan pertembungan mereka membawakan watak utama bersama buat julung kalinya".<ref name="Sangkar satukan Remy, Zul"/>}}
 
Pelakon dan pengacara TV, [[Mira Filzah]] diberikan peranan sebagai Liya, adik kepada Johan lakonan Remy. ''Sangkar'' ialah filem kedua Mira dan gandingan sulung beliau bersama Remy sebelum mereka membintangi drama ''[[Pujaan Hati Kanda]]''. "Walau tidak terbabit dengan babak lasak, saya kena buat persediaan dari segi emosi kerana watak Liya ada cabaran tersendiri," kata Mira dalam temu ramah bersama ''[[Harian Metro]]''.<ref>Najiy Jefri (21 Julai 2019). [https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/477606/mira-ikuti-kelas-lakonan Mira ikuti kelas lakonan] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref> Pelakon lain yang terlibat termasuk [[Fadlan Hazim]], [[Aman Graseka]], Carliff Carleell.