Yuna (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 48:
 
==Kehidupan awal dan pendidikan==
Beliau dilahirkan sebagai Yunalis binti Mat Zara'ai pada 14 November 1986 di [[Alor Setar]], [[Kedah]]. Bapanya, Dato' Mat Zara'ai bin Alias merupakan penasihat undang-undang semasa Mahkamah Tinggi di [[Johor Bahru]]<ref>{{Cite web|title = Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya {{!}} Laman Web Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia|url = http://www.kehakiman.gov.my/index.php?q=node/1597|website = www.kehakiman.gov.my|access-date = 2016-01-25}}</ref> dan ibunya, Datin Anum Wahab merupakan seorang guru kimia sekolah tinggi.
 
Yuna sejak kecil telah menerima galakan ibu bapanya untuk menceburi bidang muzik, bapanya sendiri juga ialah seorang ahli muzik. Beliau sering menyertai pertandingan nyanyian sehingga berusia 18 tahun pada tahun 2004, beliau mula menjadi penyanyi latar kepada penyanyi R&B terkenal [[Dayang Nurfaizah]] selama beberapa bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ketika menuntut dalam jurusan undang-undang di [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM), Yuna bersama beberapa rakannya membentuk sebuah kugiran dan sama-sama berlatih bermain muzik. Dari sinilah Yuna belajar bermain gitar di mana lagu pertama yang dimainkannya adalah lagu daripada kumpulan [[Noah (kumpulan)|Peterpan]] berjudul "Ku Katakan Dengan Indah". Lagu ini dimuatnaik ke laman [[Myspace]] dan sejak itu Yuna bersama kugirannya sering merakamkan lagu-lagu saduran serta ciptaan mereka sendiri hingga meraih tumpuan umum pada tahun 2008. Akhirnya nama beliau mula meningkat naik menerusi lagu "[[Dan Sebenarnya]]", beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah [[extended play|album EP]] dengan menggunakan nama sendiri, ''[[Yuna (EP)|Yuna EP]]'', yang boleh dibeli melalui pesanan [[e-mel]].<ref name="yuna-ep">[http://www.facebook.com/note.php?note_id=95459247177 Yuna's notes - EP MAIL ORDER IS BACK!] - dari laman blog rasmi Yuna di [[Facebook]]. Dicapai pada [[2 Jun]] [[2009]].</ref>