Azah Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.100.102.172 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 115.132.46.49
Teg: Undur
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
k Membaiki tanda baca.
Baris 78:
==Kerjaya==
1949-1951 bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bharu.Kemudian sebagai setiausaha di jabatan sosial, [[Universiti Malaya]], [[Singapura]]. Seterusnya setiausaha kepada [[Pendeta Za'ba]] di Jabatan Pengajian Melayu di UM.
 
 
==Wartawan dan Penulis==
Azah Aziz adalah pengasas dan Presiden [[Persatuan Wartawan Wanita Malaysia]] ([[Pertama]]) (1971-1978) dan University Women's Asociation.Beliau pernah menjadi penasihat Pertama. Azah Aziz merupakan insiprasi kepada wartawan muda wanita.<ref>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/9/mstar_berita/20120709194711&sec=mstar_berita Sumbangan Azah Aziz, Tokoh Budaya Melayu Akan Sentiasa Dikenang - Tan Sri Muhyiddin]</ref>
Baris 99 ⟶ 97:
 
==Budayawan==
Beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu. Sejak 1950-an , beliau menulis dan berceramah tentang kebudayaan dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN.
 
Beliau pandai berpantun dan [[pantun]] yang dihasilkan sukar ditandingi oleh orang lain, sebagai contoh pantun hasil nukilannya telah menjadi hiasan kulit majalah [[Mastika]] sejak sekian lama.
Baris 105 ⟶ 103:
==Sumbangan==
Beliau menjadi ahli lembaga pemegang amanah [[Yayasan Tun Abdul Razak]] (1977-), Ahli lembaga [[FINAS]] (1981-1984), ahli majlis penasihat kebudayaan kebangsaan (telah dibubarkan) (1978-1983) (1987-1990), ahli lembaga penasihat [[KARYANEKA]] (1987-hingga dibubarkan). Ahli lembaga pembangunan [[Kraftangan Malaysia]] dan ahli [[Tribunal Hak Cipta]] (1987-1989).
 
 
Beliau juga antara pengasas [[Pertubuhan Tindakan Wanita Islam]] (Pertiwi) yang aktif membela nasib wanita dan kanak-kanak di Malaysia.
 
 
==Meninggal dunia==
Pada 9 Julai 2012, Azah Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun kerana sakit tua. Beliau diserang [[angin ahmar]] dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.Sembahyang jenazah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, [[Bangsar]]. Sementarsa majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara . Turut ziarah ialah bekas [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr. [[Mahathir Mohamad]] dan isteri, Tun Dr. [[Siti Hasmah Mohd Ali]] serta anggota keluarga dan kenalan rapat.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm Budayawan Azah Aziz meninggal]</ref>