Syada Amzah: Perbezaan antara semakan

Penyanyi wanita Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox musical artist | name = Syada Amzah | image = | background = solo_singer | caption = | birth_na...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 00:30, 3 September 2019

Nursyuhada binti Amir Amzah atau juga dikenali sebagai Syada Amzah merupakan seorang Penyanyi Malaysia. Syada Amzah juga merupakan adik kepada penyanyi terkenal yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah. Syada Amzah merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Syada Amzah
Nama lahirNursyuhada binti Amir Amzah
Kelahiran (1998-01-14) 14 Januari 1998 (umur 26)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktifkini
Syarikat rakaman
Greyscale (SA) Sdn Bhd

Kerjaya

Pada tahun 2008, Syada Amzah yang berusia 10 tahun ketika itu, Syada memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir seterusnya menduduki tempat ke 4. Seterusnya, Syada Amzah menyepi seketika dari bidang nyanyian demi menumpukan pengajiannya di Kolej Poly-Tech Mara, Bangi.

Fakta Menarik

Mempunyai bakat nyanyian yang baik seperti kakaknya Shila Amzah. Selain itu, dia juga sering menggunakan tanda pagar #cadasings untuk video lagu covernya di laman Instagram dan Twitter.

Peserta Big Stage (musim 2)

Syada Amzah telah dipilih untuk menyertai rancangan realiti di Malaysia iaitu Big Stage 2 di saluran Astro Ria.[1]

Persembahan:
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Dinda" Kugiran Masdo Mara
Minggu 2 Hype Beat "Rockabye" Clean Bandit ft. Anne-Marie & Sean Paul Mara
Minggu 3 Glocal Hits "Pulang" Insomniacks Mara
Minggu 4 Duominasi
bersama Haqiem Rusli
"Dengarkanlah" Amy Mastura & Glenn Fredly Akan ditentukan

Rujukan

  1. ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar