Sheikh Daud Abdullah al-Fathani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ubahsuai nama dan tambah maklumat kesultanan patani
Perbetulkan maklumat sultan terengganu
Baris 9:
Nama penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fathani. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani. Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Tok Wan Faqih Ali dari jalur ibu dan ayahnya.
 
Dari jalur ibunya, Syeikh Daud bin Wan Fatimah bin Wan Salamah binti Tok Banda bin Tok Kaya Ratna Diraja bin Tok Wan Faqih Ali. Manakala sebelah ayahnya, Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Tok Wan Abu Bakar bin Tok Kaya Wan Pandak bin Tok Wan Faqih Ali. Keturunan dan keluarga Syeikh Daud merupakan keturunan ulama dan keluarga beliau mendominasi pengajian Islam di rantau Nusantara. Antara keluarga beliau yang juga ulama besar di Tanah Melayu dan Nusantara iaitu Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (Kg Bukit Bayas, Terengganu) dan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang (Kg. Hj Kadir, Terengganu).
 
Keluarga besar Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas tersebar di sekitar Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Manakala, keluarga Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang tersebar di Kg Hj. Kadir, Kg Pasir Panjang dan [https://www.google.com/maps/place/Surau+Bukit+Tanah/@5.27805,103.1301014,263m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x31b7bfa0c21d889b:0xed32c5ef2adaff3f!8m2!3d5.2780485!4d103.1296096 Kampung Bukit Tanah, Sungai Derhaka] (Kuala Terengganu). Kampung Bukit Tanah telah dibuka oleh Eshah binti Jusoh dan suami beliau Sulaiman bin Salleh (cicit kepada Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang).
 
Kebanyakan kaum kerabat Syeikh Daud yang berada di Terengganu adalah pelarian yang lari dari buruan [[Thailand|Kerajaan Siam]] selepas [[Kerajaan Pattani|Kerajaan Patani]] kalah dalam Perang Siam-Patani pada tahun 1826. Mereka mendapat perlindungan daripada [[Sultan Omar ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah|Sultan Baginda Omar]] (1806 - 11 April 1876), Sultan Terengganu yang ke 79.
 
Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H atau 1153 H dan tahun 1183 H.