Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Penyelia"

tiada ringkasan suntingan
k (Pembetulan.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
[[File:Wikipedia Administrator.svg|thumb|150px|Peralatan pentadbiran Wikipedia lazimnya mempunyai persamaan dengan [[mop]] janitor, seseorang yang diberi kuasa menyelia dan tugas mentadbir di Wikipedia mestilah dianggap sebagai seseorang "yang diberikan mop".]]
 
'''Penyelia Wikipedia''' ('''''Administrator''''' atau '''''SysopPentadbir''''') ialah pengguna Wikipedia yang diberi peralatan teknikal bagi melakukan tindakan-tindakan tertentu dalam mengurus pentadbiran [[Wikipedia]]. Alatan-alatan tersebut membolehkan para penyelia menghapuskan rencana, melindungi laman rencana, dan melakukan sekatan serta menyahsekat pengguna Wikipedia, dan juga menamakan semula laman tanpa batasan. Seorang penyelia harus mematuhi dan mengetahui polisi-polisi Wikipedia kerana mereka adalah anggota yang dianggap boleh dipercayai dalam komuniti ini. Penyelia ialah antara pengguna yang melaksanakan tanggungjawab tambahan secara sukarela, namun penyelia tidak diwajibkan mengguna peralatan tambahan. Penyelia bukanlah penyumbang yang dibayar gaji sebagai pekerja [[Yayasan Wikimedia]].
 
Ketika Wikipedia mula dibangunkan, kesemua pengguna yang ada berfungsi sebagai penyelia, dan pada awalnya mereka masih berfungsi sedemikian. Setiap pengguna dapat melakukan tugas sebagaimana seorang penyelia, meskipun mereka tidak diberikan hak istimewa tambahan sebagai penyelia. Sejak dari dulu lagi, telah ditegaskan bahawa para penyelia bukanlah sebuah kumpulan tersendiri dalam komuniti. Akan tetapi, mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang ada sama seperti pengguna biasa. Namun demikian, mereka memperoleh hak istimewa tambahan yang mungkin agak berbahaya jika diberikan kepada semua pengguna.
266

suntingan