'''Shamsul Annuar bin Mohd Baharom''' (lahir 11 Disember 19971987) atau lebih dikenali sebagai '''Sam''' merupakan seorang penyanyi, komposer, dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan punk rock [[Bunkface]] yang ditubuhkan pada tahun 2005.<ref>Muhd Al-Qayum Azizi (17 Mac 2019). [https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/03/17/bunkface Perselisihan faham rahsia 13 tahun Bunkface kekal sebagai sebuah band] ''[[mStar Online]]''. Dicapai pada 17 Ogos 2019.</ref> Beliau juga berkhidmat sebagai vokalis dan gitaris kumpulan [[The Azenders]], sebuah superkumpulan yang menggabungkan empat pemuzik dari empat kumpulan rock berbeza.<ref>Muhd Al-Qayum Azizi (25 April 2012). [https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2012/04/25/sam-yakin-tidak-abaikan-bunkface--the-azenders Sam Yakin Tidak Abaikan Bunkface & The Azenders] ''[[mStar Online]]''. Dicapai pada 17 Ogos 2012.</ref> Sam ialah abang kepada pelakon [[Siti Saleha]].