Alamak... Toyol!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Dengan adanya toyol belaan mereka itu, Fakhrul dan Kudin amat mengharapkan toyol tersebut berjaya membantu mereka merompak sasaran mereka. Namun, toyol kecil itu tidaklah secekap yang mereka harapkan; rupa-rupanya toyol itu tidak tahu mencuri. Lantas, Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar toyol tersebut untuk mencuri, baik secara teori mahupun praktikal.
 
Pada masa yang sama pula, Farah ''(pelakon: [[Adeline Tsen]])'' yang merupakan setiausaha kepada bosnya Daniel ''(pelakon: [[zul arifinariffin]])'' mendapat tahu bahawa syarikat tempat dia bekerja rupa-rupanya menjalankan aktiviti mengedar dadah. Oleh kerana tidak mahu setiausahanya itu membongkarkan kegiatannya kepada pihak polis, Daniel mengarahkan orang-orangnya untuk membunuh Farah.
 
Pada suatu malam, seperti biasa Fakhrul dan Kudin pergi merompak rumah sasaran mereka. Farah yang sedang mandi semasa rumahnya dipecah masuk oleh perompak-perompak itu pengsan apabila melihat toyol belaan mereka. Setelah dia sedar kembali, dia menceritakan segala-galanya mengenai bosnya itu kepada dua perompak tersebut. Tiba-tiba, geng-geng Daniel berjaya memecah masuk rumah Farah untuk membunuhnya, tetapi mereta terus lari lintang-pukang setelah terserempak dengan toyol tersebut. Setelah berjaya menghalau orang-orang bawahan Daniel, Farah memberitahu kepada Fakhrul dan Kudin untuk mengembalikan semula toyol tersebut.