Perbezaan antara semakan "Indonesia"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
== Sejarah ==
{{utama|Sejarah Indonesia}}
[[Fail:Presiden Sukarno.jpg|thumb|left|upright|[[SukarnoSoekarno]], ialah [[Presiden Indonesia|Presiden]] pertama dan bapa pendiri Indonesia]]
Di bawah pengaruh agama [[Hindu]] dan [[Buddha]], beberapa [[kerajaan]] terbentuk di pulau [[Sumatera]] dan [[Jawa]] pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara [[Malaysia]] dan pulau [[Mindanao]] semasa [[Majapahit]] sejak [[abad ke-7]] hingga [[abad ke-14]]. Kedatangan [[Perdagangan|pedagang-pedagang]] [[Arab]] dari [[Gujarat]], [[India]] kemudian membawa [[agama]] [[Islam]] yang akhirnya menjadi agama terbesar.
 
Ketika orang-orang [[Eropah]] datang pada awal [[abad ke-16]], mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan [[rempah]]. Pada [[abad ke-17]], [[Belanda]] muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan [[British]] dan [[Portugis]] (kecuali untuk tanah jajahan mereka di [[Timor Timur]]). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga [[Perang Dunia II]], awalnya melalui [[Syarikat Hindia Timur Belanda]] (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal [[abad ke-19]].
 
Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh [[Jerman]], manakala [[Jepun]] menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun [[1942]], pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. [[SukarnoSoekarno]], [[Mohammad Hatta]], [[KH Mas Mansur]], dan [[Ki Hajar Dewantara]] kemudiannya diberikan penghargaan oleh [[Maharaja Jepun]] pada tahun [[1943]].
 
Pada Mac [[1945]], pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk [[kemerdekaan]] Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan SukarnoSoekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 SukarnoSoekarno menjadi [[presidenPresiden]] pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan [[polis]]' (''Actie Politioneel''). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada [[27 Disember]] [[1949]].
 
Pada tahun [[1950-an]] dan [[1960-an]], Presiden SukarnoSoekarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok [[Sosialisme|sosialis]], misalnya [[Republik Rakyat China]] dan [[Yugoslavia]]. Pada masa itu kekuatan ketenteraan Indonesia menjadi terbesar di Asia setelah [[Republik Rakyat China]]. Tahun 1960-an menyaksikan [[konfrontasi]] tentera terhadap [[Malaysia]], negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan [[Britain]].
 
Jeneral [[SuhartoSoeharto]] menjadi presiden pada tahun [[1967]] dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman [[komunisme]] terhadap SukarnoSoekarno yang kini semakin lemah. Setelah SuhartoSoeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan SuhartoSoeharto selama 32 tahun dinamakan [[Order Baru]], dibandingkan dengan masa pemerintahan SukarnoSoekarno yang disebut [[Order Lama]].
 
SuhartoSoeharto berjaya mendapatkan [[pelaburan]] luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan [[ekonomi]] yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi [[Universiti California, Berkeley]] yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, SuhartoSoeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan [[rasuah]] yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun [[1998]].
 
Dari [[1998]] hingga [[2010]], Indonesia mempunyai 4 presiden: [[Baharuddin Jusuf Habibie]], [[Abdurrahman Wahid]], [[Megawati SukarnoputriSoekarnoputri]] dan [[Susilo Bambang Yudhoyono]]. Pada tahun [[2014]], [[Joko Widodo]] menjadi presiden Indonesia yang terkini.
 
== Geografi ==
45

suntingan