Kiub Rubik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
k Membaiki ejaan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Epilepson (bincang | sumb.)
k Menambah judul baru
Baris 145:
* In a recent commercial for the [[Playstation 3]], demonstrating the game console's "advanced intelligence" it is presented in a colorless cubic room with the puzzle in front of it. It then [[telekinesis|telekinetically]] grasps the cube, levitating it to the center of the room and [[speedcubing|speedsolving]] it in mid-air. The cube then violently explodes and fills each corresponding wall of the room with the respective color of the Rubik's Cube sides.
--->
== Pertandingan menkiub ==
 
=== Sejarah ===
Menkiub ialah sebuah sukan yang melibatkan menyelesaikan Kiub Rubik dengan masa yang tersingkat. Terdapat banyak pertandingan menkiub yang diadakan di serantau dunia.
 
Pertandingan menkiub pertama diadakan oleh [[Rekod Dunia Guinness]] di [[Munich]] pada 13 Mac, 1981. Pertandingan tersebut menggunakan pencampuran biasa dan masa pemeriksaan yang ditetapkan. Pemenang-pemenang pertandingan tersebut ialah Ronald Brinkmann dan Jury Fröschl, dengan masing-masing mendapat masa 38 saat.
 
Kejohanan dunia menkiub pertama ialah Kejohanan Dunia Kiub Rubik 1982, yang diadakan di Budapest. Pertandingan tersebut dimenangi oleh Minh Thai, seorang pelajar berwarganegara [[Vietnam]] daripada [[Los Angeles]] dengan masa 22.95 saat.
 
Sejak 2003, pemenang sebuah pertandingan ditentukan oleh masa purata tiga masa penyelesaian tengah ( tidak mengira masa terpantas dan masa terlambat) daripada lima penyelesaian. Masa terpantas daripada semua penyelesaian juga dicatatkan. [[Persatuan Kiub Dunia]] menyimpan sejarah berkaitan dengan rekod dunia. Pada tahun 2004, PKD telah menetapkan bahawa kontestan pertandingan menkiub wajib menggunakan alat mencatat masa khas yang dinamakan [[Pencatat masa Stackmat]].
 
=== Cara penyelesaian ===
Selain daripada penyelesaian biasa Kiub Rubik, PKD juga mengadakan acara-acara yang melibatkan Kiub Rubik diselesaikan dengan cara yang berbeza:
 
* Penyelesaian menggunakan satu tangan
* Penyelesaian menggunakan kaki
* Penyelesaian pergerakan yang paling sedikit
* Penyelesaian menutup mata
* Penyelesaian menutup masa berganda, di mana kontestan menyelesaikan sebilangan kiub sambil menutup mata
 
Dalam acara penyelesaian menutup mata, kontestan-kontestan mula-mula memeriksa kiub yang telah dicampurkan (melihatnya sebelum menutup mata), kemudian menutup mata mereka sebelum membuat pergerakan pada kiub. Masa yang dikira untuk acara ini bermula apabila kontestan memeriksa kiub dan berakhir apabila kiub telah diselesaikan.
 
Dalam acara penyelesaian menutup mata berganda, kontestan-kontestan diberikan masa 1 jam untuk memeriksa dan menyelesaikan kiub-kiub yang jumlahnya yang telah ditetapkan oleh mereka. Skor acara ini dicatatkan dengan jumlah markah yang dikumpulkan selepas masa 1 jam telah tamat. Jumlah markah ditentukan dengan bilangan kiub yang dieselasaikan dengan betul. Kiub-kiub yang tidak diselesaikan tidak akan menyumbang pada jumlah markah. Jumlah markah yang tertinggi akan menentukan pemenang acara tersebut. Apabila terdapat banyak kontestan yang mengkumpulkan jumlah markah yang sama, kedudukan akan ditentukan berdasarkan masa yang diambil, di mana masa yang lebih singkat akan mendapat kedudukan yang lebih baik.
 
Dalam acara penyelesaian pergerakan paling sedikit, kontestan-kontestan diberikan tempoh masa 1 jam untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan pergerakan yang paling sedikit untuk menyelesaikan kiub. Kontestan-kontestan juga perlu menulis jalan penyelesaian mereka.
 
== Rekod Dunia ==