Perbezaan antara semakan "Hari Malaysia"

Elak pautan berlebihan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
(Elak pautan berlebihan.)
}}
[[Fail:Malaysia Act 1963.pdf|thumb|160px|Akta Malaysia 1963 (dokumen)]][[Fail:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu|thumb|248px|Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)]]
'''Hari Malaysia''' disambut pada [[16 September]] setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan [[Malaysia]] di tarikh yang sama pada tahun [[1963]]. Ia menandakan penggabungan bersama [[Tanah Melayu]], [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] bagi membentuk [[Malaysia]].
 
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada [[1 Jun]] [[1963]] namun kemudiannya ditangguhkan ke [[31 Ogos]] [[1963]] bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan [[Indonesia]] dan [[Filipina]] untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke [[16 September]] pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini [[Sabah]]) dan [[Sarawak]].<ref>''A marriage that was doomed from the start''. [[New Straits Times]]. 4 Ogos, 2007.</ref>
 
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri [[Sabah]] sempena hari keputeraan [[Yang Di-Pertua Negeri]]. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di [[Sarawak]] dan [[Semenanjung Malaysia]],<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=356533 Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat]</ref> namun mulai tahun [[2010]], Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=447846 Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum], Bernama</ref>
==Pemasyhuran Malaysia==
 
[[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] [[Tunku Abdul Rahman]] membacakan Pemasyhuran Malaysia di [[Stadium Merdeka]] pada pagi [[16 September]] [[1963]]. Berikut ialah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:
 
<center><big><big>'''Pemasyhuran Malaysia'''</big></big></center>