Ejaan yang Disempurnakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Ejaan yang Disempurnakan''' ('''EYD''') atau '''Ejaan Rumi Bersama''' ('''ERB''') ialah piawai atau standar [[ejaan]] [[bahasa Melayu]] [[bahasa Indonesia|baku]] [[Indonesia]] yang digunakan secara rasmi negara tersebut sejak tahun [[1972]] sehingga 2015 menggantikan ejaan sebelumnya iaitu [[Ejaan Republik]]. Ejaan ini pula digantikan dengan [[Ejaan Bahasa Indonesia]] sejak tahun [[2015]].
 
Pada [[23 Mei]] [[1972]], sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh [[Tun Hussien Onn|Hussein Onn]], [[Kementerian Pelajaran Malaysia|Menteri Pelajaran Malaysia]] ketika itu, dan [[Mashuri Saleh]], [[Menteri Pendidikan dan Kebudayaan]] [[Republik Indonesia]]. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli dari kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. PadaSistem ejaan ini dikuatkuasakan pada [[16 Ogos]] [[1972]], berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972, berlakulah sistem ejaan [[Abjad Rumi|Rumi]] (ejaan [[bahasa Latin|Latin]] dalam istilah bahasa Indonesia) bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Dibaku-baku [[Malaysia,]] ejaan baru bersama ini dirujuk sebagaidan [[Ejaan Rumi BersamaIndonesia]] (ERB).
 
Selanjutnya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia menyebarluaskan buku panduan penggunaan yang berjudul "Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan". Kemudian pada [[12 Oktober]] [[1972]], Jawatankuasa Pengembangan Bahasa Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, menerbitkan buku "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dengan penjelasan kaedah penggunaan yang lebih luas. Melalui Surat Keputusan No. 0196/1975, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia kemudian mengesahkan kedua-dua "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dan "Pedoman Umum Pembentukan Istilah".