Perbezaan antara semakan "Lelakimu Yang Dulu"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
==Sinopsis==
 
Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul. 
:''Bertemu, bercinta dan berkahwin.''
 
Mudah aturan hidup '''Hazrul''' ''([[Sharnaaz Ahmad]])'' dan '''Daliya''' ''([[Nelydia Senrose]])''. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.
 
Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.
:''"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - '''Daliya'''
 
Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.
 
Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin ''([[Arryyan Petra]])'' tu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.
 
:''"I nak jumpa anak I!" - '''Hazrul'''
 
:''"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - '''Daliya'''
 
Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.
 
Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.
 
:''"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - '''Hazrul'''
 
:''"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - '''Daliya'''
 
:''"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - '''Hazrul'''
 
Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?
 
==Pelakon==
1,338

suntingan