Wikipedia:Bagaimana mengarkibkan halaman perbualan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
==Arkib-arkib subhalaman==
Kaedah 'gunting dan tampal' perbualan-perbualan yang lalu ke dalam [[Wikipedia:Subhalaman|subhalaman]] yang berasingan merupakan suatu kaedah pengarkiban halaman perbualan yang terpopular.
 
===Kaedah===
# Klik pada tab '''sunting''' di halaman perbualan yang anda ingin mengarkibkan.
# Dalam kotak penyuntingan, tandai semua teks yang anda ingin mengarkibkan, dan kemudian klik-kanan (Windows) atau Ctrl-klik (Mac), dan memilih '''[[Gunting dan tampal|gunting]]'''. Teks anda akan disalin ke dalam [[papan keratan]] anda.
# Sewaktu anda masih dalam tetingkap penyuntingan, ciptakan pautan ke arkib yang anda ingin mencipta. Letakkan condong ("/") di depan pautan untuk mencipta subhalaman, umpamanya [[/Arkib1]] atau [[/Perdebatan tempat kelahiran]]. Yang berikut ialah beberapa contoh kod: <code><nowiki>*[[/Arkib 1]]: Jun 2004 – Mei 2005</nowiki></code>. Sebenarnya, anda hanya menggantikan perbincangan-perbincangan lama dengan pautan ke arkib.
#* Anda juga boleh menggunakan {{tls|kotakArkib}}untuk menghasilkan kotak terapung bagi pautan-pautan arkib anda.
# Simpan halaman. Kini, anda mesti mempunyai sebuah halaman yang hampir-hampir kosong dengan pautan merah ke arkib anda di atas. Ikutlah pautan merah, dan klik pada '''memulakan rencana baru dengan tajuk ini'''.
#* Jika anda menggunakan kotak arkib, ia akan menunjukkan tarikh-tarikh semasa sebagai pautan merah. Kemudian, anda boleh klik pada tab ''sunting'' untuk halaman perbualan anda dan menukarkan tarikh-tarikh atau perkataan-perkataan yang sesuai untuk arkib yang anda mencipta.
# Tampalkan perbincangan-perbincangan lama dari papan keratan anda ke kotak penyuntingan. Sebelum menyimpan halaman, anda mungkin hendak mencipta pengumuman di atas untuk menerangkan bahawa halaman itu merupakan arkib untuk perbincangan yang tidak aktif dan harus tidak disunting. Templat {{tl|arkibBual}} disediakan. Jika terdapat arkib-arkib yang lain, anda mungkin hendak mengaitkan arkib yang baru dengan arkib-arkib itu supaya pembaca-pembaca boleh melayar dengan mudah antara arkib-arkib anda.
#Simpan. Anda telah mencipta sebuah arkib.
 
===Kelebihan-kelebihan kaedah ini===
* Perbincangan boleh diarkibkan mengikut perkara, berbanding kronologi. Ini mungkin lebih sesuai untuk halaman-halaman perbualan yang mempunyai perkara-perkara yang mungkin akan ditimbulkan semula dari semasa ke semasa. Perkara-perkara itu lebih mudah dicari jika semua perbincangan yang lalu diletakkan dalam satu tempat. Pengarkiban melalui topik biasa tidak begitu sesuai untuk halaman-halaman perbualan pengguna peribadi.
* Arkib-arkib boleh disunting untuk mencapai kejelasan. Umpamanya, tajuk-tajuk bahagian boleh dinamakan semula supaya lebih membantu, komen-komen yang tidak ditandatangani boleh dicatatkan, komen-komen yang tidak berkaitan boleh dialih ke tempat yang lebih sesuai, persembangan-persembangan boleh dipadam, dll. (Bagaimanapun, jenis penyuntingan ini mungkin dianggap sebagai sejenis bentuk [[Wikipedia:Menulis semula halaman perbualan|penulisan semula]] yang ringan.)
* Pautan-pautan yang digunakan dalam perbincangan-perbincangan masih diindekskan dalam Wikipedia. Ini mungkin merupakan keburukan, kerana "Pautan ke halaman ini" sering disesak dengan arkib-arkib dan halaman-halaman perbualan pengguna.
 
===Keburukan===
* Pengguna-pengguna baru mungkin akan menjawab tanpa sengaja kepada perbincangan yang tidak aktif, dan halaman itu juga terbuka untuk perbuatan laku musnah.
* Kaedah ini mengandaikan penyuntingan yang jujur daripada pengguna yang menciptakan arkib itu. Sewaktu kepercayaan terhilang, adalah amat rumit untuk seseorang membuktikan bahawa maklumat-maklumatnya adalah salinan yang sah daripada halaman perbualan pengguna terkini kerana sejarah penyuntingan pada halaman arkib tidak wujud lagi.[http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Talk%3ABombing_of_Dresden_in_World_War_II%2FArchive_8&diff=10373037&oldid=10371033].
 
===Keadah yang lain===
Arkib-arkib subhalaman boleh juga dicipta melalui [[Wikipedia:Peralihan|peralihan]] halaman perbualan kepada subhalaman dan perbincangan-perbincangan yang masih aktif boleh disalin semula kepada halaman perbualan yang asal. Hasilnya sama sahaja, selain daripada fakta bahawa [[Wikipedia:Sejarah halaman|sejarah halaman]] untuk halaman perbualan juga dialihkan bersama ke subhalaman. Kaedah ini adalah susah sedikit berbandingkan kaedah yang diperihalkan di atas, dan biasanya lebih sesuai untuk halaman-halaman perbualan yang amat aktif dan yang mempunyai banyak butiran sejarah halaman.
 
===Perbalahan===
Terdapatnya beberapa perbalahan tentang mana satu kaedah yang lebih baik. Jika sesuatu halaman diarkibkan melalui peralihan, seseorang yang hendak membaca versi lama yang tertentu untuk mana-mana satu halaman harus memastikan arkib yang betul lebih dahulu. Semua pautan "perbezaan"nya kini telah rosak. Sebaliknya, dengan pengarkiban ''gunting-dan-tampal', seseorang yang hendak melihat sejarah untuk sesuatu bahagian tertentu yang telah diarkib harus mencarinya dalam sejarah halaman asal (yang mungkin terlalu panjang). Bagi mana-mana satu pilihan yang anda lebih suka, anda harus menggunakan satu kaedah yang tetap untuk setiap halaman kerana pencampuran kedua-dua kaedah hanya menyebabkan kekeliruan.
 
==Arkib-arkib pautan kekal==
Dengan kaedah ini, sebagai ganti untuk menyalin perbincangan-perbincangan ke halaman yang berasingan, anda hanya menciptakan pautan ke versi halaman terdahulu. Kaveat: Pautan ke versi halaman yang awal tidak dapat dilaksanakan dengan pautan gaya Wikipedia. Anda dikehendaki memberikan URL yang lengkap.