Pengacara TV Popular (ABPBH): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Umpama (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 8:
| country = [[Malaysia]]
| year = 2001
| year2 = 20172019
| holder = [[NeelofaSiti Nordiana]] ([[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 20172019|20172019]])
| website = {{url|https://www.abpbh.com.my/}}
}}
Baris 19:
Penerima pertama anugerah '''Pengacara TV Lelaki Popular''' ialah [[Jalaluddin Hassan]] yang sebelum ini terkenal sebagai dramatis. Beliau popular dengan program kuiz Who Wants To Be A Millionaire yang disiarkan di [[ntv7]] sejak tahun 1999. Pada peringkat awal kategori ini dipertandingkan, kebanyakan finalis datangnya daripada program candawara / kuiz seperti Halim Othman (Roda Impian) dan Chef Wan (Famili Ceria) sebelum era pengacaraan dokumentari mencuri tumpuan pada pertengahan 2000an menerusi kehadiran Zainal Ariffin Ismail (Misteri Nusantara & Jejak Rasul). Selepas itu, pengacara [[Aznil Nawawi]] memulakan fenomena bagi pengacaraan program berbentuk TV realiti. Antara pengacara program realiti yang pernah tercalon adalah [[Jimmy Shanley]] (Trek Selebriti), [[Ally Iskandar]] (Mentor), [[Zizan Razak]] & [[Johan Raja Lawak|Johan Yazid Lim]] (Raja Lawak). Mutakhir, kategori ini dibanjiri oleh pelawak-pelawak terkenal yang diberi peluang menjadi pengacara TV berbentuk hiburan dan jenaka. Beberapa pengemudi program bual bicara juga pernah dicalonkan dalam kategori ini antaranya [[Afdlin Shauki]] (Bila Larut Malam), [[Azwan Ali]] (Cit Cat Azwan), [[Ally Iskandar]] (Ally), [[Aznil Nawawi]] (Macam-macam Aznil), [[AC Mizal]] (AC Disini & Sembang Teh Tarik), [[Ahmad Nabil Ahmad|Nabil Ahmad]] (Lu Pikirlah Sendiri Nabil, MeleTOP & Ini Malam Kita Punya) ,[[Faizal Ismail]] (Apa Saja FBI) dan [[Muhammad Azmir Selamat|AG Selamat]] (Ye Ke?). Satu-satunya chef selebriti yang tercalon menerusi program masakan ialah Nik Micheal Imran kerana biarpun [[Chef Wan]] pernah tercalon pada tahun 2002, tetapi pada tempoh kelayakan itu beliau hanya mengacarakan program candawara Famili Ceria. [[Aznil Nawawi]] mengungguli kategori ini dengan sembilan (9) kemenangan daripada dua belas (12) pencalonan.
 
Penerima pertama anugerah '''Pengacara TV Wanita Popular''' ialah [[Normala Shamsuddin]] yang ketika itu popular dengan program ''Nona''. Satu-satunya pembaca berita pernah dicalonkan dalam kategori ini ialah Norazlina Redzuan (''[[Buletin Utama]]''), manakala bagi program dokumentari pula calon-calon seperti [[Zakiah Anas]] (''[[999 (siri TV)|999]]''), [[Norzie Pak Wan Chek]] (''[[Majalah Tiga|Majalah 3]]''), Hazlin Hussein (''999'') dan [[Nurul Syuhada Nurul Ain]] (''Majalah 3''). Satu-satunya pengulas sukan yang pernah menerima pencalonan ialah Nurul Alis Aidil Akbar (Sukan TV1 & Sports Highlights). Program ''[[Nona (siri TV)|Nona]]'' banyak melahirkan pengacara wanita popular selain Normala, antara yang mendapat perhatian ialah [[Neelofa]], [[Norazlina Redzuan]] dan [[Farah Fauzana]]. Farah Fauzana bagaimanapun terlebih dahulu popular menerusi program ''Melodi'' di [[TV3]] yang melayakkannya memenangi anugerah ini secara berturut-turut dari 2005 hingga 2012. Antara bekas pengacara Melodi yang pernah dicalonkan ialah [[Raja Azura]]. Beberapa pengacara program hiburan, gosip dan santai kerap kali dicalonkan dalam kategori ini seperti [[Raja Azura]] (''Gedik Santai''), [[Avaa Vanja]] (''Pop TV''), [[Cheryl Samad]] (''Muzik Muzik''), [[Maria Tunku Sabri]] (''[[Jalan-Jalan Cari Makan]]''), [[Ary Malik]] (''Muzik Muzik''), [[Sharifah Shahirah]] (''Spontan'') dan [[Neelofa]] (MeleTOP). Pengemudi program bual bicara juga mendapat tempat dalam pencalonan antaranya [[Fauziah Ahmad Daud]] (''Ogy & Salih''), [[Raja Azura]], [[Erra Fazira]] (''Primadona'') dan [[Linda Onn]] (''Tanya Linda''). Satu-satunya pengacara remaja yang pernah dicalonkan ialah [[Juliana Evans]] yang tercalon kerana mengacarakan program mingguan ''Remaja'' ketika berusia 17 tahun.
 
== Pemenang dan calon ==