Gerald Templer: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 25:
[[Fil Marsyal (United Kingdom)|Fil Marsyal]] (Tun) '''Sir Gerald Walter Robert Templer''', [[Seri Maharaja Mangku Negara|SMN]]<ref group=nota>Templer dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Tanah Melayu, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dengan gelaran "Tun" pada 1 Ogos 1960. Pada masa itu darjah ini terhad kepada 25 orang pemegang hidup. Templer memang digelar "Tun" semasa berkhidmat di Malaya akan tetapi panggilan ini tidak rasmi sehinggalah dikurniakan SMN.</ref><ref>{{cite book |last=Cloake |first= John|date= 1985|title=Templer, Tiger of Malaya |location=London |publisher=Harrap Limited |page=399 |isbn=0245542043 }}</ref>[[KG]], [[Order of the Bath|GCB]], [[GCMG]], [[Order of the British Empire|KBE]], [[Distinguished Service Order|DSO]] (11 September 1898 – 25 Oktober 1979) adalah seorang pegawai kanan [[Tentera Darat British]] yang berjuang di kedua-dua [[Perang Dunia I]] dan [[Perang Dunia II]] . Beliau terkenal kerana berjaya mematahkan pemberontakan gerila [[komunis]] di [[Persekutuan Tanah Melayu|Malaya]] antara tahun 1952 dan 1954. Templer telah dilantik sebagai [[Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu]] pada tahun 1952 bagi menggantikan Sir [[Henry Gurney]], pesuruhjaya yang telah dibunuh oleh komunis pada 6 Oktober 1951 , semasa dalam perjalanan ke [[Bukit Fraser]]. Beliau memperhebatkan [[Rancangan Briggs]] untuk menentang [[komunis]]. Beliau menyedari bahawa penggunaan senjata semata-mata tidak akan berjaya menentang komunis.Oleh itu beliau telah melancarkan kempen ‘memenangi hati dan fikiran rakyat’
 
Beliau telah menawarkan hadiah-hadiah yang besar kepada mereka yang berjaya menangkap atau membunuh komunis. Tawaran terhadap Chin Peng adalah sebanyak $250 000. Templer juga mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam. Pada tahun 1954, Templer meninggalkan [[Tanah Melayu]] selepas komunis gagal merampas kuasa. Beliau telah digantikan oleh [[Donald MacGilivray]]. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai [[Ketua Turus Am (United Kingdom)|Ketua Turus Am Imperial]], iaitu ketua profesional Tentera Darat British, dari tahun 1955–581955 hingga 1958. Beliau merupakan ketua penasihat ketenteraan kepada Perdana Menteri [[Anthony Eden]] semasa [[Krisis Suez]].
 
Kerajaan Malaysia telah menamakan Dewan Utama di [[Maktab Tentera Diraja|Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur]] di [[Sungai Besi]], sebagai "Dewan Tun Templer" sebagai menghormatinya.<ref>{{cite web|url=http://www.geocities.ws/rmcmalaysia/facilitiesBenefits.htm|title=Royal Military College: facilities|publisher=Geocities|accessdate=2 January 2012}}</ref> Mereka juga menamakan [[Hutan Lipur Templer]] di [[Rawang, Selangor|Rawang]] sebagai penghormatan jasa beliau di Malaysia.<ref>{{cite web|url=http://www.malaiadventure.com/sightseeing/sightseeing_kl3.htm|title=Templer's Park|publisher=Malai Adventure|accessdate=2 January 2012}}</ref>