Partai Komunis Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
26 Ramadan mengalihkan laman Partai Komunis Indonesia ke Parti Komunis Indonesia pada lencongan
 
Removed redirect to Parti Komunis Indonesia
Teg: Membuang lencongan
Baris 1:
{{Infobox political party
#LENCONG [[Parti Komunis Indonesia]]
|colorcode = red
|name = Parti Komunis Indonesia
|native_name = ''Partai Komunis Indonesia''
|logo = Communist Party of Indonesia.svg
|founder = [[Henk Sneevliet]]
|founded = [[23 Mei]] [[1914]]
|headquarters = [[Jakarta|Djakarta]]
|newspaper = ''Soeara Rakjat''<br> ''Harian Rakyat''
|membership_year = [[1960]]
|membership = 3 million
|dissolved = [[12 March]] [[1966]]
|ideology = [[Komunis]], [[Marxisme-Leninisme]]
|international = [[Comintern]] (until 1943)
|colors = Merah
|youth_wing = [[People's Youth (Indonesia)|People's Youth]]
|wing1_title = Women's wing
|wing1 = [[Gerwani]]
|wing2_title = Labour wing
|wing2 = [[Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia|SOBSI]]
|wing3_title = Peasant wing
|wing3 = [[Peasants Front of Indonesia|BTI]]
|student_wing = [[Consentrasi Gerakan Mahasiswa Indonesia|CGMI]]
|symbol = [[Hammer and Sickle]]
|state = Indonesia
}}
[[Image:Hammer and sickle.svg|thumb|right|150px|[[Palu]] [[Arit]] sebagai logo rasmi PKI dan semua parti komunis di seluruh dunia]]
'''Partai Komunis Indonesia''' (singkatan: '''PKI''') adalah [[parti komunis]] terbesar bukan pememerintah dalam dunia sebelum dikalahkan pada [[1965]] dan diharamkan pada tahun berikutnya.
 
== Sebelum PKI ==
Organisasi sebelum PKI ditubuhkan atas inisiatif sosialis Belanda Henk Sneevliet pada tahun 1914, di bawah nama '''''Indische Sociaal-Democratische Vereeniging''''' atau ISDV (Inggeris: ''Indies Social Democratic Association''). ISDV dianggotai oleh 85 ahli dari dua parti sosialis Belanda, SDAP dan SDP, yang aktif di Hindia Timur. Ahli Belanda dalam ISDV memperkenalkan idea Marxisme dan mengajar orang Indonesia untuk menentang penjajah.
 
Pada Oktober 1915, ISDV menerbitkan ''Het Vrije Woord'' (''Kata Merdeka''). Editor yang adalah Adolf Baars. ISDV tidak menuntut kemerdekaan pada masa penubuhannya. Pada masa ini ISDV mempunyai 100 ahli dan hanya tiga orang terdiri dari orang Indonesia. Tetapi, parti ini bergerak ke arah radikal dan anti-kapitalis dengan cepat. Di bawah Sennevliet, ISDV tidak selesa berada di bawah telunjuk SDAP di Belanda yang mengasingkan diri mereka dari ISDV. Pada tahun 1917, bahagian reformis dalam ISDV berpecah dan membentuk parti sendiri. Pada 1917, ISDV melancarkan penerbitan pertama dalam bahasa Indonesia, ''Soeara Merdeka'' (''Suara Merdeka'').
 
ISDV di bawah Sneevliet memandang legasi [[Revolusi Oktober]] sebagai jalan yang harus dipilih untuk Indonesia. Kumpulan ini berjaya mempengaruhi tentera laut dan tentera darat yang ditempatkan di koloni. Pengawal Merah dibentuk dan dalam masa tiga bulan jumlah mereka mencapai 3,000 orang. Pada akhir 1917, pemberontakan tentera laut dan darat tercetus di Surabaya yang merupakan pengkalan tentera laut pada masa itu, dan membentuk dewan soviet. Pihak berkuasa penjajah menekan dewan soviet Surabaya dan ISDV. Pemimpin belanda ISDV dihantar pulang ke Netherland termasuk Sneevliet. Pemimpin-pemimpin tentera yang memberontak pula dihukum penjara selama 40 tahun.
 
Sementara itu, ISDV menubuhkan satu blok dalam pertubuhan anti-penjajah [[Sarekat Islam]]. Dua orang ahli Sarekat Islam dari Semarang, Semaun dan Darsono tertarik dengan idea Sneevliet. Hasil dari strategi Sneevliet ini, ramai ahli Sarekat Islam terpengaruh untuk menubuhkan satu lagi parti yang didominasi ideologi Marxisme iaitu Sarekat Rakjat (Sarekat Rakyat).
 
ISDV terus bergerak secara halus. Ia melancarkan satu lagi terbita, Soeara Rakyat. Selepas beberapa kader Belanda meninggalkan secara terpaksa, ditambah dengan kerja-kerja yang dilakukan dalam Sarekat Islam, keahlian ISDV berubah dari majoriti orang Belanda kepada majoriti orang Indonesia. Pada 1919, ia hanya mempunyai 25 orang ahli belanda daripada jumlah kesemuanya 400 orang.
 
#LENCONG== Pembentukan [[Parti Komunis Indonesia]] ==
Pada Kongres ISDV di [[Semarang]] (23 Mei 1920), nama organisasi ini diubah menjadi '''Perserikatan Komunis di Hindia'''. Semaun diangkat sebagai presiden parti sementara Darsosno sebagai [[timbalan presiden]]. Setiausaha, bendahari dan tiga dari lima ahli jawatankuasa pula terdiri dari orang [[Belanda]].
 
PKH adalah partai komunis pertama di [[Asia]] yang menjadi satu bahagian dari Komunis Antarabangsa. [[Henk Sneevliet]] mewakili parti ini pada kongres kedua Komunis Antarabangsa pada [[1921]].
 
Pada [[1924]] nama parti ini sekali lagi diubah, kali ini adalah menjadi Parti Komunis Indonesia (PKI).
 
[[Kategori:Parti komunis di Asia]]
[[Kategori:Parti politik Indonesia]]