Laut dalam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Wfm pelagic.png|thumb|Zon-zon lautan. Dari atas: [[Zon epipelagik]], [[Zon mesopelagik|mesopelagik]], [[Zon batipelagik|batipelagik]], [[Zon abis|abis]] dan [[Zon hadal|hadal]].]]
Kawasan '''laut dalam''' ialah kawasan [[lautan]] terdalam, yakni di bawah [[termoklin]] hingga dasar laut, pada kedalaman lebih daripada 1,800 meter.{{Ref|a}} Cahaya di sini secara asasnya tidak wujud dan kebanyakan organisma-organisma di sini bergantung kepada bahan organik yang luruh dari zon fotik. Para pengkaji pada zaman dahulu menganggap bahawa kehidupan di sini jarang wujud, tetapi penerokaan di sini menunjukkan sebaliknya.<ref name="flannery">Tim Flannery, '''Where Wonders Await Us''', [[New York Review of Books]], Disember 2007</ref>
 
Satu anggapan bahawa manusia mengetahui lebih banyak perkara tentang [[Bulan (satelit)|Bulan]] berbanding dengan zon laut dalam juga pernah diketengahkan.<ref name="flannery" /> Kehidupan di laut dalam pernah dianggap hanya bergantung kepada bahan organik luruhan dan seterusnya [[Matahari]] hingga penemuan koloni undang serta pelbagai organisma lain di [[lohong hidroterma]] pada lewat 70-an.
Baris 7:
 
== Ciri-ciri ==
 
=== Suhu ===
Dari kedalaman 3,000 meter ke bawah, suhu air adalah malar secara lazimnya, iaitu pada sekitar 1.5 °C.<ref>{{Cite book|title=深海生物図鑑|last=|first=|publisher=Dobun Shoin|year=1998|isbn=4-8103-7503-X|location=|pages=221|language=ja}}</ref>
 
=== Tekanan ===
Tekanan air meningkat sebanyak 1 [[tekanan atmosfera]] selepas kedalaman bertambah 10 meter dan oleh itu, tekanan yang dikenakan terhadap organisma-organisma laut dalam adalah melampau. Namun begitu, para saintis masih tidak dapat memahami kesan tekanan sebegini terhadap organisma laut dalam secara sepenuhnya, memandangkan spesimen organisma laut dalam biasanya mati atau tidak dapat diperhatikan selepas dibawa ke permukaan laut.
 
=== Kemasinan ===
Kemasinan air di laut dalam adalah agak malar di seluruh laut dalam, kira-kira 35 bahagian per ribu. Secara umumnya, memandangkan perbezaan kemasinan di laut dalam adalah sedikit, tiada kesan ketara dari segi ekologi dalam aspek ini.
 
== Nota ==
 
: 1.{{nota|a}} Pentakrifan kedalaman laut dalam adalah tidak begitu jelas. Sesetengah pihak menetapkan kedalaman laut dalam bermula dari 200 meter.<ref>{{Cite web|url=https://kotobank.jp/word/%E6%B7%B1%E6%B5%B7-536740|title=深海|website=Kotobank|language=ja|accessdate=1 Oktober 2019}}</ref>
 
== Rujukan ==